Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 20 November 2012

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Puan Nurul Asyikin Said

Gambar yang dipamerkan kali ini adalah milik Puan Nurul Asyikin Said.  Menurut Puan Nurul, pokok yang dipamerkan adalah pokok jagung.  Ia berbunga ketika pokok masih muda.  Untuk pastikan Puan Nurul mendapat buah yang bersaiz besar, ketika ini pokok elok disuap dengan baja organik, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.  Cantik pokok ni.

Jagung hasil tanaman Puan Nurul Asyikin.  Gambar milik Nurul Asyikin Said, [email protected] Dapatkan izin pemilik gambar jika ingin gunakannya.
Jagung manis isi putih dah habis stok.  paling laku, pembeli daripada Sabah dan Sarawak.  Terima kasih rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak kerana bersama rakan-rakan daripada Semenanjung menyokong tanamsendiri.com.

Minggu ini saya tambah 2 benih baru iaitu jagung manis Sweet Melody dan jagung manis baka Taiwan.  Kedua jenis ini menghasilkan buah yang kuning, padat sepenuhnya.

Jagung manis Top Star pula menghasilkan isi kuning dan putih.  Susunan buahnya juga padat.  Saya perhatikan di pasaraya, jagung jenis ini dijual dengan harga yang tinggi.

7 ulasan:

  1. Bestnya ada kawasan nak tanam jagung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah. Pokok ada ruang yang sempurna pulak tu. Subur. Pokok jagung manis yang saya tanam, letak padat sebab terpaksa maximise penggunaan ruang.

      Padam
    2. Terima kasih.. Ni pun jenuh juga nak korek lubang sebab semua tanah yang Ada kami dah tanam rumput karpet.. Teruja ni nak makan Jagung tanam sendiri.. Tak sabarnyaa...

      Padam
  2. pokok jagung saya dah seminggu tanam tak tumbuh lagi.. Apa silap agaknya ya? kena rendam dulu ke benih tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya rendam dulu. Kalau tak rendam, benih akan lewat bercambah, beza antara 5 hingga 7 hari daripada benih yang direndam. Kalau terlalu lama benih dalam tanah, semut makan. Benih jagung manis rasanya manis dan kaya dengan protin serta karbohidrat. Ia harta karun untuk semut.

      Padam
  3. ye ke? rasanya dah jadi rezeki semut lah tu sebab memang banyak pun semut.. Takpelah...lain kali saya order benih lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih Jagung ni saya semai dalam paper cup kemudian alih ke tanah.. Selepas alih saya telangkupkan papercup tersebut Dan buang bahagian dasar cawan Dan jadikan pengadang pada pokok Jagung yang masih kecil.. Takut condong ditiup angin Dan takut tanahnya dilarikan air hujan.. Alhamdulillah membesar juga pokoknya.. Saya letak tanah baja Dari nurseri.. tabur baja humus Dan baja organik tinja ayam..

      Padam