Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 7 November 2012

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Puan Haslinda

Hari ini saya pamerkan gambar yang diterima daripada Puan Haslinda Hussin.  Gambar menunjukkan satu daripada pelbagai jenis sawi iaitu Sawi Fair Lady Extra Dwarf.  Sawi ini amat kecil saznya, berbatang putih dengan daun kerinting.  Rasanya pahit pahit manis, enak dicelur dan dibuat ulam, digoreng kicap atau diijadikan rencah dalam mee goreng. Kalau nak pujuk anak anak makan sayur, pilih saiz sayur yang mereka fikir khas untuk mereka.  Sawi ini saiznya kecil dan amat sesuai untuk kanak-kanak.

Cemburu bila tengok sawi ni.  Dah beberapa bulan tak tanam. Nampaknya minggu ini akan semai Sawi fair Lady extra Dwarf.

Terima kasih Puan Haslinda kerana sudi berkongsi.

Sawi Fair Lady Extra Ddwarf bersaiz kecil dan enak dimakan.  Gambar milik Puan Haslinda Hussin <[email protected]>.

Sawi Fair Lady yang sedia untuk dituai.  Sedap ni.  Gambar milik Puan Haslinda Hussin <[email protected]>.

9 ulasan:

  1. Saya batpru ja semai sawi ni 3 ari yg lpas..brapa ari bru bleh dituai en is?

    BalasPadam
  2. memang sedap ranggup...jiran sy pun puji rasa nya manis...anak-anak suka mkn kalau wat sup sayur...

    BalasPadam
  3. Saya pn tnm sawi ni. Benih dpt free drp en iskandar kita ni. Sawi batch pertama saya biarkan kat bts, rasa syg nk tuai sbb comel2. Tgk pd tadi, sepokok dh keluar bunga. Batch kedua, ditana minggu lps. Yg bagusnya, serangga perosak tak berminat nk mkn daunnya. Mereka lbh gemar mkn daun kacang pjg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok yang saya tanam tak sempat berbunga. Memang anak kecil suka sebab mereka ingat sawi ni khas untuk mereka sebab saiz kecil. Yang saya tanam ada juga kesan dimakan serangga.

      Padam
  4. Saya nampak Ada Kesan berjalur2 pada daun tu apa ye en is..? Ulat ke cacing ke? Pokok sawi saya pun Ada Kesan begitu.. Boleh ke di makan daun yang begitu..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kesan daun yang diratah ulat atau serangga pelombong daun (leaf borer). Ya, daun selamat dimakan. Serangga ni singgah sekejap aja. Bila kenyang ia terbang ke tempat lain cari mangsa baru.

      Padam
  5. Ooo.. Selamat boleh makan... Tapi, ia terbang tempat lain tu kepada pokok sawi disebelahnya.. Hehe.. Habits sebekas sawi dimakannya..

    BalasPadam