Dua kombinasi penghias laman. Terung Pendek naga, masih lagi putik tapi saiznya besar. Entah kenapa kali ini bengkok pula bentuknya. Mungkin minggu depan dah boleh tuai.
Putik buah Terung Pendek Giant Naga, walaupun muda dah melebihi 15 cm. |
Bunga Harum Sundal Malam memang semerbak di waktu malam. Ta tenggelamkan haruman bunga malam yang lain kerana baunya yang harum menusuk, seperti wangian berjenama terkenal. Elok dijadikan pokok wangian untuk taman aromaterapi.
Harum Sundal Malam, mekar di waktu malam. |
X sabar nak tunggu pokok HSM saya berbunga :)..
BalasPadamKalau nak pokok berbunga cepat, buang mana-mana bebawang yang tumbuh pada bebawang utama. Kalau ada keluar bebawang baru pokok tak berbunga, atau lambat berbunga.
PadamOoo, baru saya tahu.. So lepas ni saya nak kena buang la bebawang yang tumbuh..
PadamTerima Kasih tuan :)
Bebawang adalah proses pembuakan secara tanpa seks, mudah. Bunga adalah alat untuk pembiakan secara seks, rumit. Buat apa keluar bunga untuk membiak kalau dah dapat membiak cara mudah.
PadamBebawang yang tumbuh boleh dibuat benih lagi.. X lama lagi penuh kawasan rumah dengan bunga HSM je.. Hehe :)
Padameh... jangan buang bebawang HSM tu... alih bekas lain je... :)
PadamHsm dah boleh order ke en is..?
BalasPadampokok sundal malam saya kiranya kategori anak dara lagi la kot..sebab belum berbunga.
BalasPadamHehehe :)
Padamsalam, en iskandar, boleh order pokok sundal malam ke? harga?
BalasPadamapa trick nak bg poko hsm ni berbunga ya? sy punya da 2 thn tp masih belum berbunga.
BalasPadamsebab padat sgt ke?
Biar bebawang utama membesar tanpa tumbuh bebang lain. kalau ada tumbuh bebawang di sisi bebawang utama, asingkan.
PadamGuna baja yang kaya dengan Phosphorus, misalnya serbuk ikan, tinja ayam dsb. Boleh juga guna baja bunga. Sekali sekala sembur dengan baja foliar untuk bunga.