Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 19 November 2012

Gambar hari Ini -- Pokok Bendi


Pokok bendi sedang berbuah.
Pokok bendi emas seperti berterusan mengurniakan buah yang lembut dan enak.  Buat masa ini saya petik buah 2 hari sekali untuk pastikan mendapat buah yang lembut.  Buah yang dipetik dibuat ulam dan dicelup tepung. 

Bendi emas menghasilkan buah yang berbaldu.  Buah muda rangup kalau dimakan mentah.  Dari 10 pokok yang saya tanam, dapat tuai lebih kurang 30 biji setiap 2 hari.  Rasanya berbeza sedikit dari bendi singa.


11 ulasan:

  1. en iskandar...barang pesana sudah diterima, dpt extra benih (kongsi)...tq, nak order bendi emas ni, tp nanti dulu sebab nak cukupkan 5 pesanan
    saipolbarin

    BalasPadam
  2. en is mcm mana nak buat bendi celup tepung

    BalasPadam
  3. Salam En Iskandar, saya Farhana dari UPM sedang mencari Daun bendi untuk sampel penyelidikan Master saye.
    bleh saya mintak contact email?
    Saya perlukan pertolongan encik.
    ini email saya : [email protected]
    Terima kasih

    BalasPadam
  4. Pokok-pokok bendi ini sangat berhasil.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. salam sifu is....nak tanyer....kenapaye pokok bendi saya terbantut...tp dah berbuah........buah nye juga comel2 seperti buah bendi emas...nak kate tak letak baja...dah letak diawal tumbesaran lagi..saya gune baje tinja ayam....aper yg kurang...dan lg sifu is...ajarlah bagaimana membuat kompos tea paling mudah tanpa gune alatan pam.

    BalasPadam
  7. Waalaikum salam,
    Kalau guna baja tinja ayam, kira dah cukup nutrien yang ada kalau sukatannya betul.
    Air saya pasti cukup sebab sekarang musim hujan.
    Ada dua lagi kemungkinan.
    Struktur tanah mungkin mampat. Untuk tumbesaran yang sempurna, akar perlukan oksigen yang cukup. Kalau guna baja organik, kebisaannya struktur tanah ok.
    Mungkin juga kerana lambat alih. Ketika alih akar dah rosak dan ini menyebabkan akar gagal menyerap air atau nutrien yang diperlukan secukupnya.

    Sila rujuk artikel tanah dan nutrien.

    BalasPadam
  8. saya rase mungkin tanah mampat.....jarang gembur...pernah gembur tp pokok mati..tu yg tak gembur tanah lg......

    BalasPadam