Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 27 November 2012

Gambar Hari Ini -- Jagung Manis

Patch ini hasil semaian isteri saya, Zaitun Ismail.  Dia resah sebab jagung manis isi putih hampir habis terjual, sedangkan benih sukar diperolehi.   Bila benih habis terjual, 1 pek benih sempat disemai.  Patch ini kecil aja, dalam 1.5m X 1.5.  Di dalamnya ada jagung manis isi putih, jagung manis top star, dan kacang tanah.  Kira intensive gardening lah ni.  Memang cantik, puas hati.  Tak sangka anak jeragan pun bijak berkebun. Nanti boleh semai benih jagung manis baka lain, banyak lagi tersimpan dalam peti sejuk.

  

8 ulasan:

  1. ada berapa pokok jagung dalam ni? saya pernah terbaca kalau ada pelbagai variety akan menurunkan kualiti jagung hibrid disebabkan cross polination. ini saya x pasti..agak2 tuan boleh bagi pencerahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan yang menarik. Ciri buah yang terhasil adalah daripada kromosom induk. Tiada masalah kalau berlaku cross pollination kerana jagung ditanam untuk dimakan. Sekiranya jagung ditanam untuk menghasilkan benih, barulah kita perlu risau tentang cross pollination. Lagipun jagung F1 memang tidak sesuai diambil benih. Ia ditanam sebagai makanan sahaja.

      Padam
    2. terima kasih atas pencerahan tersebut!

      Padam
  2. Uik.. Gemuksnye daun, x macam yg saya punye.. Kurus aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim tengkujuh, air cukup. Kalau musim kering mungkin lain pula rupanya. Yang penting cukup baja. Tanah ni padat dengan bahan organik daripada daun yang reput.

      Padam
    2. Oo en is letak kan daun reput di sebelah bawah tanah ye sebelum tanam..?

      Padam
  3. ini patch depan rumah en.is ya,kejap je nampak dah penuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, patch dalama halaman pun dah macam belukar. Hujung minggu ni kena kerja kuat.

      Padam