Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 November 2012

Gambar Hari Ini -- Cekur Manis


Pokok Cekur Manis yang disemai menggunakan biji benih.
Pokok cekur manis adalah sayur yang berasal dari negara kita.  Ia amat berkhasiat, kaya dengan zat besi dan protein.  Saya campurkan daun ini di dalam bubur nasi dan dijadikan makanan pertama anak-anak.  Sayur cekur manis juga enak dijadikan ramuan dalam sayur manis, tambah bawang putih dan ikan bilis... enaknya.

Pokok cekur manis lazimnya ditanam menggunakan keratan batang.  Pokok ini saya tanam menggunakan biji benih.

Oh ya, pucuk cekur manis boleh dijadikan galactagogue.  Orang perempuan wajib tahu ni, kalau tak tahu, bila dapat anak kecil, rugi.  Siapa tak tahu apa itu galactagogue, angkat tangan?


12 ulasan:

  1. En. Is, ada bezakah tanam guna biji benih dengan tanam guna keratan batang? Pernah juga saya dengar yang orang kata cekur manis ini tak sesuai untuk orang yang ada sakit jantung. Betulkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna keratan batang lebih cepat dapat tuai. Dengan biji benih lambat sedikit. Lambat pun 6 minggu dah boleh tuai.

      Apa yang saya baca berlawanan pula. Cuma sayur ini tak boleh dijadikan salad kerana ia mesti dimasak untuk dimakan.

      Padam
  2. ejen tambah susu badan pula ni.. baru sya tau.. dimakan dengan cara mcmana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak cara biasa. Ia mengandungi protein yang diperlukan badan wanita yang baru melahirkan anak untuk membina susu badan.

      Padam
  3. hehehe... dalam pantang mmg Mak biasa hidang sayur ni... tapi pun tak bole makan hari-hari... ada sesetengah orang kata sayur ni sejuk... kalau tak tahan boleh bentan... biasanya Mak masak bening (masak air) campur dgn lada hitam... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk dan panas dalam istilah dulu dulu kena define dulu. Saya masih tercari cari maksud sebenar kerana ia tiada kaitan dengan suhu. Banyak antara makanan yang dilarang ketika dalam pantang sebenarnya dapat membantu badan untuk pulih ketika cedera atau selepas melahirkan anak.

      Padam
  4. makan ulam pengaga pun boleh tambah susu badan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ilyasvielina, saya belum jumpa literatur yang kaitkan ulam pegaga dengan penghasilan susu ibu. Terima kasih, info yang berguna untuk kaum ibu.

      Padam
  5. Salam. Saya baru tau sayur ni salah satu galactagogue. Terima kasih tuan Iskandar atas info berguna ini. Sayur ni saya selalu masak spt tuan bgtau di atas, cuma dicampurkan keledek. Sedap sungguh dmkn bersama Nasi dan sambal belacan.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh terus perut menciut baca ulasan ni. Memang enak kalau dimasak begitu. Arwah nenek isteri saya selalu hidangkan masakan tersebut, memang best.

      Padam
  6. salam en iskandar blh saya tanya,cekur manis nie sama tak dgn sayur pucuk manis?

    BalasPadam