Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 16 November 2012

Cambahan Chayote

Musim hujan begini begitu mencabar kepada kami yang menjalankan home gardening secara organik.  Serangan kekabuh timun berterusan dan minggu lepas diikuti dengan serangan ulat beluncas.  Alhamdulillah, pagi tadi kelihatan sekumpulan burung merbah putih singgah mengutip ulat beluncas.  Selesai satu masalah.  Hanya kekabuh timun masih perlu disembur dengan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.

Oh ya, cambahan chayote yang dijanjikan telah sedia untuk dikirim.  Mohon maaf kerana saya berjanji untuk kirim cambahan pada hari Isnin, tapi hari Selasa cuti umum.  Nak kirim pada hari Rabu, Khamis pun cuti.  Nak kirim hari ini, kemungkinan esok rakan yang pesan tak masuk ofis.  jadi kiriman akan dibuat pada hari Isnin.  InsyaAllah hari Selasa akan terima set Chayote yang terdiri dari 2 cambahan chayote, dan 2 pek benih timun.

Gambar menunjukkan cambahan yang akan dikirim kepada Puan Rahuda. Cambahan milik Ina Syaza juga kelihatan seperti dalam gambar.  Masih terdapat beberapa set yang sedia untuk dikirim.  Rakan-rakan boleh pesan sekarang.


Cambahan Chayote yang sedia untuk dipesan.


Ada Tak Buddy Pokok Timun?

       

6 ulasan:

  1. Salam. Baru terbaca entri ini. Mujur juga Tuan Iskandar belum pos lagi. Kami sekeluarga juga tiada dlm daerah 2 minggu ini. Nasib baik.. :). Subur betul cambahan tu.. Suka saya tengok :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, kalau macam tu saya hold dulu hingga Pn Rahuda kembali dari bercuti.

      Padam