Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 12 November 2012

Bunga Torenia, Rumpai Cantik

Bila musim tengkujuh, rumpai tumbuh sama subur dengan tanaman sayur di halaman rumah.  Apa yang dimaksudkan dengan rumapai ialah pkok yang tumbuh di tempat yang kita tak ingin ia tumbuh.  Tak larat nak cabut....

Kali ini rumpai yang tumbuh menghasilkan bunga yang mekar yang tak sampai hati saya nak cabut.  Pokok Bunga Torenia tumbuh mengalahkan sawi.  Nak dicabut sayang, nak dibiar habis rumpai ni menakluk patch sawi.  Tengoklah, kalau berpeluang saya kutip benih.  

Torenia yang tumbuh dalam patch sawi menghasilkan kepak tiga warna iaitu biru tua, merah jambu dan putih.  Nah lihatlah sendiri, cantik tak rumpai ni?

Bunga Torenia putih dengan kepak merah jambu.

Bunga Torenia biru muda dengan kepak biru tua.

Add captionBunga Torenia putih dengan kepak biru tua.


9 ulasan:

  1. Cantiknya tuan.. Tapi saya xpernah pula terjumpa rumpai jenis ni :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak dalam patch sawi depan rumah. Susah nak kawal musim hujan ni. Habis bantut sawi. Kena buang dan biarkan bahagian sempadan aja. Kalau buang semua sayang pula. Mungkin akan alih anak ke dalam pasu.

      Padam
  2. Salam.

    Cantiknya bunga rumpai, semacam orkid pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Memang cantik, semacam pansy pun ada juga. Kalau pansy boleh dibuat salad. Yang ini tak pasti boleh makan atau tidak.

      Padam
  3. memang rumpai yang cantik..ada warna biru, merah, hijau, kuning pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah masalahnya. Bila kacau patch sayur, sayang nak buang. Mungkin kalau buat bunga gantung cantik. Kalau sempat petang ni alih ke dalam pasu.

      Padam
  4. Salam...rumah saya ada yang warna merah jambu dgn ungu saja. Yang putih biru tu takde...cantik...mmg tak buang kecuali tumbuh lam pasu pokok bunga kertas.

    BalasPadam
  5. As salam tuan,
    Bagi pekebun atau penanam sayuran, ia mungkin dianggap rumpai tp bagi pencinta bungaan dan landskap ia ditanam sbg pokok hiasan. Kat rumah saya ada pokok ni. Bkn rumpai tapi bungaan sbb ditanam sbg pokok pasuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kallau sengaja ditanam, itu bukan rumpai. Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat yang anda tidak hendak ia tumbuh.

      Padam