Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 27 November 2012

Buah Mulberi Semakin Besar

Kalau rakan-rakan perhatikan, buah mulberi yang dituai di depan rumah, semakin lama semakin besar.  Saya kurang pasti puncanya.  Mungkin kerana batang mulberi juga semakin gemuk, atau kerana akhirakhir ini pokok mendapat air yang cukup kerana hujan hampir setiap hari.  Yang pasti, buah ini lebih manis berbanding buah terdahulu.  Bagaimanapun, seperti buah mulberi lain, rasa masam tetap menjada rasa yang utama.  Buah ini kalau dibuat jem pasti enak.  

Oh ya, keratan mulberi masih ada 2 set lagi.  Siapa mahu grab?

Buah mulberi yang dihasilkan semakin panjang dan gemuk.

Lihatlah saiz tuaian mulberi hari ini.

Buah mulberi warna hitam rasanya lebih manis.

2 ulasan:

  1. Salam..

    Saya berminat untuk mendapatkan keratan mulberry.
    Adakah keratan mulberry dari pihak tuan sedia untuk ditanam atau perlu menjalani proses pengakaran terlebih dahulu.?

    sy nk tempah 1 set ye

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keratan boleh terus ditanam.

      Ok, saya simpankan 1 set untuk Nadzirah.

      Padam