Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 14 Februari 2013

Benih Untuk Dijual -- Ulam Raja, King of Salads, Cosmos cauditus

Ulam Raja atau "King of Salads" adalah pokok bunga Cosmos dengan bunga bewarna merah jambu.  Pucuk pokok Ulam Raja dibuat ulam dan enak dicicah sambal lada atau budu dan dimakan bersama nasi.  Pokok ini juga amat cantik dijadikan pokok hiasan kerana bunganya yang cantik. Ia juga elok dijadikan tanaman penghalau makhluk perosak dalam Sistem Buddy yang saya perkenalkan dalam blog ini.

1 pek mengandungi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.00.

Benih Ulam Raja

Benih Ulam Raja bercambah dalam masa 2 hari selepas disemai.

Pokok ulam raja yang ditanam dalam bekas panjang. 


Pokok Ulam Raja, Cosmos cauditus.



Cara Memesan Benih

17 ulasan:

  1. Ulam Raja memang enak bila cicah dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar.. Memang terbaik.. Kecur air liur dibuatnya.. Nyum2 :)..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ibu Qistina boleh terus buat pesanan. Benih masih ada dlm stok. :)

      Padam
  3. boss nak tau pokok nie bau dia kuat x? bukan apa takut kalu tanam kat kg lembu bedal je pokok nie..huhuhu. serangga jenis apa yg bulih halau kalu tanam pokok nie?

    BalasPadam
  4. salam... sy bru nk jinak2 tanam sayur & ulam2 ni. hr tu abah ad bg benih ulam raja ni. sy men tabur je kt tanah..hehe. dh kt smnggu tak bercambah ape pn.. cmne sebenarnya cara tanam ulam raja ni ye? kondisi tanah nyer cmne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tabur aja, lambat sikit tumbuh. Nanti akan tumbuh tu.

      Padam
    2. so klu nk cepat tumbuh nk semai cmne ye? xtau..huhu

      Padam
    3. Saya tanam dalam lubang, sedalam 1 inci. Guna tanah liat campur pasir.

      Padam
    4. ohooo... ok2, noted. yg sy cmpak2 tu dh tumbuh. tp 2 je. syukur ad gak yg tumbuh.hehe yg bru semai dlm pasu pn dh tumbuh. 2 hr je dh b'cmbh. thnks en.is =)

      Padam
  5. Bila ada benih cosmos bipinnatus yg berwarna merah, pink, putih saya nak beli! Ulam raja dan cosmos oren dan kuning saya sudah ada. Daun cosmos pun boleh dibuat ulam juga, baunya tak sekuat ulam raja, rasanya hampir serupa ulam raja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tahu tentang cosmos lain yang dibuat ulam, selain ulam raja. Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.

      Padam
  6. Salamualaikum...macamana cara pembayaran? Saya berminat nak beli benih ulam raja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam lisdiana. Klik link 'Cara memesan benih'.

      Padam
  7. Assalamualaikum... tumpang tanya.. biji benih ulam raja nih ada lagi tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam. Ya, masih ada.

      Padam
    2. Terima Kasih atas makluman... kejap lagi saya akan buat bayaran... nak order 5 paket.

      Padam