Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 10 November 2013

Benih Untuk Dijual -- Kacang Mata Hitam, Cow Pea

Kacang mata hitam adalah dari keluarga yang sama dengan kacang panjang, cuma lenggai (pod) lebih pendek, iaitu antara 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).  Walaupun kacang mata hitam ada banyak dijual di pasaraya, isinya telah penuh dengan karbohidrat.  Ini menyebabkan rasanya kurang manis.  Kacang mata hitam tanamsendiri yang dituai muda, segar enak rasanya kerana isi mempunyai rasa yang manis.

Benih adalah dari pendebungaan terbuka.

Benih menghasilkan pokok renek yang merimbun.  Anda tidak perlu memasang pancang.  Sesuai ditanam dalam pasu dan di atas tanah.  Bunga dan buah muda enak dibuat salad.  Buah dapat dituai selepas 6 hingga 8 minggu selepas disemai.  Pokok ini mudah ditanam dan dijaga.  Sesuai untuk melatih anak-anak berkebun di rumah.

Satu pek mengandungi 5 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10. 

Lenggai (Pod) kacang mata hitam yang kering.

Cara Memesan Benih

------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan