Minggu
lepas saya ada nyatakan akan postkan tentang microleaves. Ada yang bertanya, adakah microleaves sama
dengan taugeh? Tak sama. Sabar dulu, biar saya jelaskan.
Microleaves
juga kadang-kadang dikenali sebagai microgreen.
Saya akan gunakan istilah cambahan.
Walaupun cambahan jarang digunakan dalam masakan di kedai biasa, di
hotel dan restoren ternama, ia adalah antara ramuan yang biasa digunakan. Kira gourmet lah...
Di rumah,
saya gunakan cambahan dalam salad, burger, dan sanwic. Saya juga gunakan cambahan sebagai ramuan
dalam nasi goreng dan mee goreng.
 |
Cambahan digunakan sebagai perencah nasi goreng. Enak! |
Kebiasaannya benih yang digunakan termasuk benih sayur, kacang dan
herba. Warnapun ada pelbagai. Ada yang hijau, ada yang merah dan ada yang
ungu. Cambahan dituai ketika anak pokok
masih muda, biasanya selepas satu atau 2 set daun sebenar tumbuh.
Apakah kelebihan cambahan? Ia
kecil, padat dengan rasa yang rangup dan enak, berkhasiat pula tu. Ya, ia lembut dan rangup, lebih lembut dan
rangup daripada baby kailan. Cambahan
amat sesuai dijadikan salad, sup dan penghias makanan (garnish). Oh ya, satu lagi ciri cambahan, ia membantu
badan melawan penyakit. Makan cambahan
badan jadi kuat dan sihat. Ini kerana
cambahan mempunyai bahan yang mampu membantu badan meyerap sebatian aktif yang
ada dalam masakan. Sebab itulah jus
cambahan, misalnya jus rumput gandum dijadikan minuman kesihatan. Daun dalam cambahan mengandungi bahan
penyerap sebatian aktif yang lebih pekat daripada sayur yang telah matang.
Ok, berbalik kepada taugeh.
Adakah sama dengan taugeh?
Sebenarnya tidak. Taugeh adalah
benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai. Oleh sebab itu taugeh mengandungi daun yang tidak matang yang
pucat. Batang dan akarnya juga kelihatan
pucat. Taugeh dihasilkan menggunakan
kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja. Benih taugeh sebenarnya tidak disemai. Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup
pada suhu yang optima untuk percambahan.
Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut
ketumpatan yang tinggi. Suasana benih
yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk
percambahan biji benih; malah keadaan
begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu
membawa penyakit. Ini membimbangkan
terutamanya jika ingin hidangkan mentah.
Cara penyediaan cambahan
microleaves pula berbeza. Tanah atau
medium bernutrien digunakan. Cambahan
disemai dalam kehadiran cahaya matahari serta dengan kelembapan yang rendah. Kepadatan benih juga jauh lebih rendah jika
dibandingkan dengan taugeh. Cambahan
memerlukan masa antara 4 hari hingga 2 minggu sebelum dituai, iaitu selepas
daun telah matang. Tidak seperti taugeh,
cambahan microleaves dikerat ketika dituai.
Bahagian akar tidak dituai. Oleh
kerana daun telah matang sepenuhnya, ia mempunyai rasa yang paling kuat, lebih
enak daripada taugeh yang tidak matang.
Keadaan penyediaan microgreen juga tidak sesuai untuk pertumbuhan
patogen. Jadi microleaves lebih selamat
dimakan. Walaupun begitu, langkah keselamatan
perlu diambil. Basuh tuaian microleaves
sebelum dimakan.
Ok, berbalik kepada taugeh.
Adakah sama dengan taugeh?
Sebenarnya tidak. Taugeh adalah
benih kacang yang dicambahkan tetapi tidak disemai. Oleh sebab itu taugeh mengandungi daun yang tidak matang yang
pucat. Batang dan akarnya juga kelihatan
pucat. Taugeh dihasilkan menggunakan
kaedah percambahan yang terdiri daripada benih dan air sahaja. Benih taugeh sebenarnya tidak disemai. Ia dicambahkan dalam bekas yang tertutup
pada suhu yang optima untuk percambahan.
Jumlah benih pula banyak, menghasilkan keadaan yang padat atau disebut
ketumpatan yang tinggi. Suasana benih
yang sesak, gelap, suhu tinggi, dan lembap bukan sahaja sesuai untuk
percambahan biji benih; malah keadaan
begini juga sesuai untuk pertumbuhan patogen, iaitu mikroorganisma yang mampu
membawa penyakit. Ini membimbangkan
terutamanya jika ingin hidangkan mentah.
 |
Cambahan dituai dengan mengerat pada batang pada paras 1 atau 2 cm daripada tanah atau medium. |