![]() |
Cili wangi telah berbuah. Puas! |
Wah lama dah tunggu pokok ni berbuah. Mungkin sebab ia berada di laluan air yang mencurah dari atap, setiap kali hujan nutrien akan terlarut dan dibawa air. Alhamdulillah, lama-lama menjadi juga, cuma perlu sabar menanti. Cili wangi memang special. Seperti cili padi yang lain, ia memang pedas. Apa yang saya kata special, bukan sebab pedas. Rasanya memang enak. Isinya tebal sedikit berbanding dengan cili padi yang lain yang saya tanam. Dan aromanya, seperti wangian. Tapi kalau goreng, wangiannya menusuk.... Bersin, bersin dan bersin. Kalau nak buat minyak cili seperti yang pernah saya tunjukkan sebelum ni, perfect.
Kalau ada minyak cili, mee goreng, licin, nasi goreng licin, spaghetti, licin, pendek kata semua dihidangkan bersama minyak cili, licin.
"Ma... anak-anak nak balik ni, masak lebih dari biasa, nanti nak hidangkan bersama cili wangi. "
Warnanya kuning ya..?
BalasPadamYa. Bila ranum warna maroon, kemerahan.
Padamsedap dimasak dengan asam jawa dan hirisan daging serta cendawan hutan... di kampung saya banyak dijual tapi sejak tinggal di bandar, rasanya jarang nampak di mana2 pasar...
BalasPadamMemang sedap. Cili ni kalau digoreng, keluar bau wangi semerbak. Orang sekeliling sure bersin. :)
Padamhaha, memang betul.. benih yang ini ada stok lagi?
PadamYa, benih cili wangi masih ada stok.
Padam