Pokok temu pauh ditanam menggunakan rizom. Tuaian hari ini adalah daripada satu rizom yang saya semai dalam pasu. Tanah yang digunakan diperkaya dengan bbaja organik serta tanah kompos dan dibiarkan selama seminggu sebelum membuat semaian. Tanah tidak lagi dibaja sehingga rizom dituai. Temu pauh enak dimakan sebagai ulam kerana rasanya yang seakan-akan buah pauh atau mangga. Untuk makan, tuai rizom yang muda sahaja kerana rizom yang tua amat berserat dan mempunyai rasa yang terlalu kuat.
![]() |
Tuaian rizom temu pauh yang akan diedarkan sebagai benih. |
Salam saudara Iskandar, ini boleh terus dijadikan benih ke?...
BalasPadamYa, yang bertunas boleh terus disemai semula.
PadamSebagai info tambahan, spesis temu jenis tumbuhan tahunan atau bermusim iaitu ia akan mupuh bila tiba masanya dan tumbuh semula selepas beberapa lama(mengikut kitaran hidupnya). Jangan dibuang pasu jika pkk ini ditanam dlm pasu bila lihat tiada pkk yg hidup atau tumbuh. Ia akan tmubuh semula. Saya ada beberapa koleksi spesis temu termasuk temu kunci, temu lawak dan temu putih. Skrg dlm usaha mencari temu hitam. Kunyit hitam dah ada 2 jenis.
BalasPadamTerima kasih [email protected], maklumat yang bermanfaat untuk kita semua. :)
PadamPokok temu pauh saya pemberian En. Iskandar pon dah besar...tapi, saya belum tuai lagi.Emak saya kata kena tunggu daun dia kering baru boleh tuai...Betul ke macam tu?
BalasPadamKalau daun dah kering, rizom dah matang dan berserat. Untuk dibuat makan, lebih enak rizom muda. Bila tunas baru keluar, masa tu boleh digali. Tuai tunas muda. Selebihnya dibiarkan dan timbus semula tanah.
PadamBagaimana sebenarnya nak kenal adanya rizom muda yg sesuai untuk dituai sebagai ulam?
BalasPadamKalau diperhatikan pada pangkalnya terdapat banyak tunas baru. Pohon ni cepat membiak. Rizom dalam gambar ni bermula dengan hanya satu rizom kecil. Pohon ni kukuh dan lasak, cuma air jangan sampai bertakung. Kalau bertakung ia tak tahan dan akan mati.
PadamKalau tunas nyer ade...tp tak besar besar...takat 1 inchi setengah je dah sebulan dah......nak di apakan ye en is....tambah baja ke tambah air?
BalasPadamPeringkat awal memang lambat sedikit pertumbuhannya sebab sistem akar nak settle dulu. Bila sistem akar settle baru pertumbuhan batang dan daun akan cepat. Pastikan tanah tidak kekeringan.
Padam