Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Tuaian Hari Ini -- Mangga Tepi Jalan

Saya perhatikan di sepanjang taman perumahan, pokok mangga yang ditanam di tepi rumah kini sedang lebat berbuah.  Pokok mangga di depan rumah kami juga tidak ketinggalan.  Lebat berbuah.  Ada antara buah yang merekah kulitnya kerana bengkak air.  Maklumlah sekarang ini hujan hampir setiap hari.

Jadi sebelum mangga luruh dan rosak, kami tuai buah tersebut.  Sebahagian dibuat kerabu, sebahagian lagi akan dimakan cicah colek. :)

Tuaian hari ini, mangga dari pokok di depan rumah.



Kerabu mangga, sebiji dapat menghasilkan sepinggan penuh.  Hidangan ini boleh menjadi pembuka selera.
Resepi kerabu mangga pernah dipostkan ke blog.  Untuk dapatkan resepi tersebut, klik pautan berikut.

http://www.tanamsendiri.com/2012/04/resepi-kerabu-mangga.html




4 ulasan:

  1. Saya pula perhatikan mangga yang ditanam depan rumah/tempat org lalu-lalang akan berbuah lebat. Yg kat belakang rumah, takde org nampak tak nak berbuah.Yg kat rmh jiran2 pun mcm tu. Suami saya buat kesimpulan, mangoes like to show off!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Boleh lah dikatakan begitu. Saya perhatikan bahagian yang terima cahaya pagi akan berbuah lebat. mungkin serangga pendebunga untuk pohon ini aktif di waktu pagi di kawasan yang kena cahaya pagi.

      Padam
  2. Sedapnya..mangga jenis apa ni?saya duk cari yang mak selalu panggil pelam bemban..nampak gambaq pelam en is ni macam pelam tu ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga, saya tak pasti sebab saya kurang mahir dengan jenis mempelam.

      Padam