Tuaian berbagai jenis Cili. |
Cili dalam koleksi tanamsendiri pun ada berbagai. Cili Kulai King dituai ketika masih muda untuk dijadikan ulam. Tak berani nak tunggu ranum sebab musim hujan lalat buah mengganas. Cili wangi enak dibuat minyak cili untuk dijadikan perisa ketika makan mi goreng. Moruga dan habanero, jangan main-main. Saya akan jeruk dalam cuka asli untuk kurangkan pedasnya. Kapsikum pun cantik. Puas hati. Nanti akan semai Cili Solok Siam, Cili Solok, Cili Padi, Cili Yong Peng, Cili kampung, dan banyak lagi.
Khabarnya, kapsikum, iaitu bahan aktif dalam cili mampu merangsang badan menghasilkan endorfin yang mampu membuatkan pemakannya rasa gembira. Kapsikum juga boleh dibuat ubat sakit tekak dan melegakan sakit. Dah makan cili hari ni?
En. Is nanti kalau dah ada stok benih habanero tu, cepatcepat sikit war-warkan ye.tak sabar saya tunggu stok habanero
BalasPadamOk. Dah ada yg pesan. Ada tinggal 3 pek aja lagi.
Padamkalau cam tu saya nak ye 1 pek
PadamOK, saya simpankan untuk mat jon.
Padamhmmm... benih kapsikum saya tak mahu bercambah... apa la silap saya masa menyemai agaknya... :(
BalasPadamNanti cuba lagi. Jgn putus asa.
Padampagi2 lagi dah makan cili...nk cili orang pun ada gak....keke.
BalasPadamEn.is,nanti benih cili habanero simpan untuk saya ya satu pek.
Tq
Ada 3 pek aja lagi. Cepat cekup kalau nak.
PadamOk, dah tambah beberapa pek lagi. Tangan tgh berdenyut denyut seperti dicucuk jarum. Ini pakai 4 lapis glove. kalau tak pakai tak tahulah macamana. Oh ya, cili Moruga jangan makan terus. Kena proses dulu.
Padamencik is, macamana nak buat minyak cili?
BalasPadamIkut resepi pada posting berikut.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/03/resepi-minyak-cili-padi.html
Tuan,
BalasPadamKalau Cili Trinidad Moriga Scorpion dah ada benih, simpankan saya 2 pek ye..
Terima Kasih..
Ok, saya simpankan 2 pek untuk Sir Syahmi. :)
Padamsaya nak book habanero 1 pek dan trinidad moriga 1 pek kalau stok dah ada - farhani -
BalasPadamOk, saya simpankan 1 pek habanero dan 1 pek trinidad moruga untuk farhani. :)
PadamEncik Is, yang capsicum tu warna apa ya?nampak macam warna pepel..ke mata saya yang kero?heh heh
PadamSepatutnya warna merah bila ranum. Yg ini jadi hitam berkilau. Mungkin yg ini baka dah ada tercemar. :)
PadamEn is,kalau ada benih cili moruga dan habanero saya nak satu pek..
BalasPadamOk, saya simpankan. :)
PadamTuan, Lynn dah terima perangkap lalat buah..terima kasih ya.
BalasPadamSama-sama. Tiba masanya untuk lawan balik lalat buah tu. :)
PadamEn Iskandar, tlg simpankan 1 pkt cili Tmoringa, 2 habanero and 2 capsicum. tk
BalasPadamOk, 1 pkt cili Tmoringa, 2 habanero dan 2 capsicum merah untuk jaynahry.
PadamEn Iskadar benih Moruga dan habanero masih ada?
BalasPadamOk, masih boleh dapatkan, tapi 1 pek sahaja untuk setiap cili.
PadamOK, pesanan untuk cili Moruga dan Habanero ditutup sehingga benih baru sedia.
BalasPadamMcm mana nk kesan sayuran atau cili kena serang lalat buah?
BalasPadamPerhahtikan pada kulit buah. Jika ada parut suntikan (bintik), itu tanda buah dah diserang. Apabila ranum, buah berulat.
Padam