Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tomato Ceri dan Timun Dalam Patch Belakang Rumah

Kali ini patch belakang rumah saya penuhkan dengan tomato ceri (baka full house), timun jepun, timun batu, basella dan bendi emas.  Kalau ikutkan buku, mereka tak sarankan kita tanam timun dan tomato dalam satu ruang kerana bimbang berebut baja dan cahaya.  Jangan risau sangat.  Cahaya, negara kita dilimpahi dengan banyaknya.  Baja boleh tambah kalau tak cukup.  Yang penting dapat tuai buah dengan banyak.    



Buah tomato yang masih muda. Tangkai ini hanya lekat satu biji. Perlu buat baja booster ni, sebab pokok tomato dan timun berebut baja.


Banyak juga tangkai yang menjadi.  Tak sabar tunggu buah ranum.


Setiap pucuk baru menghasilkan tangkai bunga.

Rupa-rupanya timun jepun dan timun batu pun dah berbuah.
Selain dari itu saya juga letak pokok bunga Harum Sundal Malam di belakang rumah.  Tak lama lagi wangilah belakang rumah di waktu malam. 



Tangkai bunga Harum Sundal malam yang hampir mekar. Di belakang kelihatan pokok basella.

10 ulasan:

  1. sama..tomato ceri lynn tgh galak berbuah..cuma risaukan lalat buah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu risau tentang lalat buah. Kan umpan lalat buah dah boleh diperolehi. Nanti pasang aja perangkap.

      Padam
    2. Tuan, Lynn mesti nak order perangkap tuh..dah x tahan sumer tomato sena serang!

      Padam
  2. encik is, pokok tomato ceri tu jenis menjalar ke? saya semai hari tu naik banyak pokok. kena mencari tempat nak mengikat le pulak kalau dia jenis menjalar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tomato ceri tu dari jenis intermediate, iaitu rimbun tapi memanjat.

      Padam
  3. saya masih gagal tanam tomato, ada bunga, lepas tu gugur semua. sekarang banyak daun layu. tak boleh terlalu panas ke, ikutkan sekarang musim hujan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk bunga lekat perlu bsnyak kalim, magnesium dan sulfur. Selain membaja, silam larutan garam epsom sebagai booster.

      Padam
  4. Salam tuan,.. saya berminat dengan benih harum sundal malam, macam mana saya nak order dan dapatkannya, tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti samarinda SMS request ke HP 0172889364. Mungkin minggu depan available sedikit.

      Padam