Ada rakan dari kampung telefon. Katanya nak tanam tembikai.
Rakan saya ni jenis yang suka kutip biji juga. Kalau masa zaman kanak kanak dulu, bila kami makan tembikai, dia akan kumpul biji dan semai. Tembikai tu memang tumbuh tapi buah yang terhasil tak sama dengan buah induk. Mungkin kerana kurang baja, mungkin juga kerana buah induk terhasil daripada benih hibrida.
Jadi bila kami berborak tentang benih, saya tawarkan dia benih tembikai yang berkualiti tinggi. Dia jawab,
"Buat haper aku ambil benih dari kau. Aku pergi beli buah tembikai, ptui, ptui ptui, dapak benih."
Kebetulan ada peniaga dari van masuk ke warung tempat kami makan, jual buah mangga dan tembikai. Saya suruh dia buktikan. Orang ganu dah kaya sekarang, beli dua biji tembikai perdana tak tanya harga dulu.
"Berapa arr?" rakan saya bertanya sambil seluk saku capai dompet.
Peniaga tersebut buat-buat tekan kalulator (tapi sebenarnya dah tahu harga) dan dengan perlahan sebut harga. "lima pulut lima linggit..."
"Hah, mahalnya. Ambil duit lima puluh ni, baki lima ringgit awak belanja kami minum." Sahabat saya menawar harga.
"Oklah, lima pulut linggit. Lagi lima linggat wa belanja minum."
"Tak apa, lima puluh lima ringgit mana mahal. Kan boleh ptui ptui ambil benih." Saya berseloroh.
Dia mengeleng kepala dan minta pisau daripada pekerja di warung. Bila potong aja, mata terbeliak. Buah memang cantik. Tapi tak ada biji walau satu pun. Rasa isinya memang manis. Memang puas makan.
Lepas makan, saya tawarkan lagi.
"Macamana, dapat tak benih dengan ptui ptui aja, atau ambik benih tembikai perdana daripada aku aja?"
"Oklah, bagi aku 20 peket, aku nak balik tanam."
Saya ada stok sedikit aja. Tembikai perdana, buahnya lonjong, warna kulit hijau gellap dengan jalur hijau muda. Isinya merah, garing tanpa biji dengan kandungan gula 12 hingga 14%. Manis. Sebiji antara 8 hingga 12 kilogram. Harga pasaraya, RM4 sekilo. Untungnya kalau tanam sendiri, jimat duit makan sedap.
Satu pek ada 5 biji benih. Saya jual, 5 pek RM10 sahaja. Cepat pesan sebab bilangan pek terhad.
Saya nak satu pek..nnt saya hartar order list dlm masa terdekat
BalasPadamOk, saya simpankan untuk Aku [email protected]
PadamSimpankan saya 2 pek yer..
BalasPadamOk, 2 pek untuk Avia. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam, saya nak 1 pek..order yg lain saya akan emelkan esok..terima kasih en iskandar -farhani-
BalasPadamOk, terima kasih pakupayung. Saya simpan 1 pek.
Padamsaya nak satu pek. booking...
BalasPadamOk, saya simpankan untuk azllini a.hamid 1 pek.
Padamwaaa... book 1 pek... :)
BalasPadamOk saya simpan 1 untuk ejaMaria.
Padamhik hik...ptui ptui,geli hati bunyinyer hu hu
BalasPadam:)
Padam