Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 8 Oktober 2012

Tanam Sendiri -- Kohlrabi, Brasicca oleracera Gongylodes

Sayur Kohlrabi, bahagian batang yang gemuk sebesar bola tenis dimakan.


Kohlrabi adalah daripada keluarga kobis.  Bahagian batangnya yang bengkak adalah bahagian yang dimakan.  Walaupun Kohlrabi jarang ditanam di negara kita, jangan risau kerana ia sesuai ditanam.  Ia tahan panas dan kering.

Tanah
Kohlrabi tidak perlukan tanah yang dalam.  Akarnya tidak tumbuh dalam.  Gunakan tanah yang kaya dengan organik. Jika telah tanam kobis atau kailan sebelum ini, tambahkan baja organik dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.

Lokasi
Pilih lokasi yang mendapat cahaya sepenuhnya, dan tidak terlindung.

Menyemai
Semai benih sedalam 1 cm. Jarakkan antara benih 15 cm.  Jika tanam atas tanah, semai dalam barisan.  Jarakkan antara barisan 30 cm.  Benih kan bercambah antara 1 hingga 7 hari.

Penjagaan
Siram sekurang-kurangnya sekali sehari di sebelah pagi.  Merumpat apabila perlu, atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Tuai
Kohlrabi dapat dituai kira-kira 80 hari selepas disemai.  Kalau tanam sendiri jangan tunggu terlalu besar sebab ia akan berserat dan rasanya menjadi terlalu kuat.  Saiz paling enak ialah apabila batangnya sebesar bola tennis.

Penyakit
Kohlrabi mungkin diserang makhluk perosak atau penyakit yang lazimnya menyerang pokok kobis dan kailan.

2 ulasan:

  1. En.Is ni merajuk ke....senyap je x da posting ni. Tak sabar rasa nak baca EP 6. Dah macam tgk telenovela pula..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak merajuk. He he, kebetulan caught dengan penulisan. Ada buku due. Tengahari nanti update.

      Padam