Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Tanah Semaian, Bahagian 6 Daripada 6



Dulu pernah peniaga nurseri pokok syorkan saya gunakan tanah semaian yang dah dipek, yang juga mereka rujuk sebagai tanah jepun.  Katanya mengandungi sabut, baja organik, tanah liat dan pasir.  Tanah tersebut elok bukan tak elok.  Tapi ia hanya sesuai untuk dulang semaian  rata dan pasu sahaja.  Kalau guna dulang semaian bersel, tanah terlerai bila saya tarik cambahan daripada sel.  Ini tak elok sebab akar cambahan akan cedera.  

Tanah semaian komersial (tanah jepun) lerai bila cambahan ditarik keluar daripada sel semaian.


Apa yang saya mahu ialah rupa yang begini, iaitu tanah tak terlerai apabila ditarik, tak kira ketika tanah kering atau tanah basah.


Tanah semaian yang elok tidak lerai ketika dikeluarkan daripada sel.

 
Inilah rupa tanah semaian (tanah jepun) yang dijual di nurseri.

Tanah jepun.



Ini pula tanah semaian dari rumusan tanamsendiri.  Walaupun hampir sama, strukturnya berbeza sedikit.  Ikut rumusan yang saya beri.

Tanah semaian yang sesuai untuk dulang semaian bersel.
 

Jika rakan-rakan ingin cuba sendiri, boleh dapatkan tanah tersebut daripada kami.  Setiap pek diisi dalam plastik saiz 15.5 cm x 23.5 cm, iaitu dalam 4 scoop iaitu dalam 6 cawan.  Ia cukup untuk 1 dulang semaian (dengan sel). 2 pek dijual dengan harga RM10.


Tanah semaian untuk dulang bersel.

5 ulasan:

  1. kalau dulang 99 sel tu cukup tak?

    BalasPadam
  2. woww..tanah semain pun tn.is jual jgk..kelas la tn.is..tabik spring kat tn.is hehehe

    BalasPadam
  3. en iskandar...utk semai bendi emas pun guna tanah ni jugak kan..sy dh email pesanan benih dan tanah yer

    BalasPadam