Jadi, apakah ramuan untuk tanah
semaian? Ramuan untuk dulang semaian rata (dulang
tanpa sel semaian), dulang semaian (yang mengandungi sel) dan blok adalah
berbeza. Saya gunakan adunan daripada
pelbagai bahan. Bahan tersebut
termasuklah kompos, tanah (topsoil),
pasir, baja organik, tanah gambut (peat), sabut kelapa, vermikompos (hasil
daripada cacing tanah), vermaculite, daun reput dan serbuk kapur.
Bagaimana pula dengan jumlah yang
digunakan?
Mengadun tanah untuk semaian samalah
seperti mencuba resepi masakan. Apa-apa
yang kurang -- tambah, apa-apa yang terlebih, dalam adunan berikutnya -- kurangkan.
Jika gunakan dulang semaian rata, cuba
dengan rumusan berikut. Kemudian
ubahsuai apa-apa yang perlu mengikut kesesuaian.
1 bahagian tanah (topsoil),
1 bahagian pasir,
1 bahagian daun reput yang dihancurkan.
Atau
2 bahagian tanah (topsoil),
1 bahagian daun reput yang telah
dihancurkan,
1 bahagian kompos.
Atau
5 bahagian kompos,
4 bahagian tanah (topsoil)
1 bahagian pasir,
1 bahagian daun reput yang telah
dihancurkan.
Bersambung esok.
'daun reput yg dihancurkan'... macam mana cara en.Is hancurkan? bole tunjuk cara...
BalasPadamSaya kumpul setempat dan biarkan ia reput sendiri. Selepas 2 minggu ia mula hancur, kadang2 tumbuh cendawan. Bila ia jadi seperti serbuk kopi, saya kumpulkan.
BalasPadam