Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 2 Oktober 2012

Tanah Semaian, Bahagian 2 Daripada 6



Ciri tanah semaian (dalam bekas atau dulang semaian) yang elok adalah seperti berikut.
 


  • Ketumpatan rendah, maksudnya tanah gembur atau ringan berbanding tanah lain yang mempunyai ruang atau isipadu yang setara.

  • Air mudah mengalir melaluinya, serta mengandungi banyak ruang udara.

  • Berupaya menyimpan air yang banyak tetapi tidak pula menakung air.

  • Neutral, atau hampir neutral.  Maksudnya tanah tak terlalu masam (berasid) atau manis (beralkali).  Orang kimia sebut pH hampir 7.

  • Cukup kukuh untuk memegang akar.

  • Tidak mudah membentuk kerak.

  • Mempunyai struktur yang stabil, iaitu tidah mudah dimampatkan walaupun mempunyai banyak ruang udara.

Bersambung esok.

4 ulasan:

  1. apa maksud en.is dgn tidak mudah membentuk kerak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perhatikan tanah liat yang basah dan kemudian kering, terdapat satu laipsan keras yang merekah bila panas dan kering. Saya maksudkan ialah lapisan yang seperti itu. Kalau shiro82 gunakan tanah yang mengandungi baja kandang yang tinggi, lapisan sebegitu juga mudah terbentuk.

      Padam
  2. tanah yg Lynn beli pulak selalu dicambahi kulat..besar2 pulak tu. Adakah ia akan menjadi masalah pada pokok tanaman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebiasannya tiada masalah. kulat memang banyak dalam tanah yang subur. Cuma ada sesetengah kulat menyerang tanaman.

      Padam