Saya perhatikan ramai antara rakan-rakan
yang baru mulakan hobi menanam menghadapi masalah menyediakan tanah yang sesuai
untuk bekas atau dulang semaian. Jangan
patah semangat, saya pun begitu juga ketika baru belajar menanam. Lama kelamaan rakan-rakan akan menjadi mahir.
Sebagaimana yang saya tekankan sejak dulu
lagi, tiada kaedah yang betul atau salah ketika melakukan aktiviti berkebun
secara hobi, cuma kaedah mana yang lebih baik atau lebih sesuai?
Walaupun tanah di halaman rumah elok aja
digunakan untuk menyemai benih di atas batas, tanah yang sama mungkin tidak
sesuai digunakan sebagai tanah semaian di dalam bekas atau dulang semaian. Mengapa pula begitu?
Ini kerana keadaan di atas batas adalah
berbeza dengan keadaan di dalam bekas atau dulang semaian. Batas terbuka dan saliran elok. Bekas atau dulang semaian pula mempunyai
ruang yang terhad, dan saliran kurang elok.
Kalau dulang semaian, hanya ada satu liang dengan diameter tak sampai 1
cm di sebelah bawah sel dulang semaian.
Ini penjelasan saya. Ia hanyalah suatu pendapat bersandarkan
pemerhatian kasar. Pendapat ini tak
semestinya betul. :)
Apabila tanah digunakan di dalam sel pada
dulang semaian, ruang adalah amat terhad dan saliran tidak elok. Keadaan ini menyebabkan tanah kadang kala
terlalu basah (selepas disiram) dan terlalu kering (sebelum disiram). Proses ini berulang-ulang. Ia menyebabkan tanah menjadi fatigue atau
lesu. Orang Ganu sebut galir.
Apabila tanah kering, ia menjadi mampat dan
berkerak. Kerak tersebut bertindak
seperti kapsul yang memerangkap benih rumpai, makhluk perosak, dan kuman
(mikroorganisma) yang menyebabkan penyakit.
Sebab itulah, jika anda gunakan tanah
sebegini, benih bercambah, tetapi mati atau terbantut selepas beberapa hari.
Jadi, ciri yang macamana yang ada pada
tanah yang sesuai dijadikan tanah semaian dalam bekas atau dulang semaian?
Bersambung esok.
En. Is, mcm mana pulak batas yg dimana dalam bentuk berkotak atau menggunakan kotak, spt yg kebykkan kita tgk kat oversea yg dibuat menggunakan papan?thanks
BalasPadamMaksud UmmAidan batas raise bed yang dibina tanpa menggali (menyangkul)tanah. Untuk tanam di halaman rumah, terutamanya di kawasan perumahan, ia lebih elok daripada batas baris yang dipraktikkan secara tradisi. Nanti akan dibincangkan dalam artikel seterusnya tentang tanah yang sesuai. Artikel ini akan fokus tentang cara mengadun tanah semaian untuk digunakan dalam bekas.
PadamAdui,bersambung ka...macam cerita novel pulak. Best topik ni,cepat2 sambung ya en.is.
BalasPadamDah tua, saya hanya mampu taip satu page aja sehari. Masa selebihnya digunakan untuk termenung. :)
Padamsaya faham tu....x pe2 take time. :P
PadamHehehe.. Termenung depan pokok ye... Saya pun menanti esok punye posting...
PadamHuhu..saya pun tak sabaq duk tunggu bah bersambung ni..sebab anak pokok yang saya tanam atas tanah kt laman rumah ni terbantut ja nmpaknya..tanah kt kawasan perumahan ni tanah bukit en is..camna ya?
BalasPadamSiri artikel ini untuk membuat adunan tanah semaian dalam bekas. Untuk artikel tentang tanah, rujuk posting http://www.tanamsendiri.com/search/label/tanah
PadamItulah yang terjadi kepada pokok kailan saya. Semai cantik, tumbuh, tapi bila alih ke pasu besar sikit, pokok terbantut dan semuanya mati. Mungkin tanah terlalu basah dan mampat sebab bulan sept selalu hujan.
BalasPadamPokok kailan perlukan tanah dengan saliran yang elok. Ia tak tahan air bertakung yang lama. Akar akan reput.
Padamen is, kalau semaian sudah bantut, bolehkah ia jadi normal kembali dengan letak baja? Saya tanam pokok getah.
BalasPadamasrul rae kena rujuk pakar. Saya kurang mahir dengan pokok saka.
Padam