Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 15 Oktober 2012

Soalan Rakan -- Soalan Tentang Tanah Yang Menggumpal


Saya ingin bertanya mengenai masalah dalam gambar yg saya attached. Dalam gambar tersebut, terdapat gumpalan tanah yang saya keluarkan dari sebuah pasu 15cm yang telah saya gunakan menanam basil. Keadaan tanah sebelum dikeluarkan agak keras dan kering. Adakah masalah ini disebabkan kulat atau sarang yang dibina oleh serangga? Apakah yang patut saya lakukan?
-- Farhan

Waalaikum salam,
Cuba pecahkan gumpalan tersebut. Jika tiada terowong tanda dibina oleh serangga, kemungkinan disebabkan oleh perubahan terlalu kering kepada basah yang berulang kali.  Perubahan yang berulang menyebabkan tanah menjadi lesu (fatigue) dan membentuk lapisan kerak yang keras.  Fenomena ini dikenali sebagai "caking".  Ia menandakan struktur tanah yang kurang sesuai untuk digunakan dalam bekas. 

Dari pemerhatian gambar, debu putih mungkin garam mineral yang telah terhablur.  Kemungkinan besar garam kalsium. Mungkin juga debu tersebut uraian akar (haifa) kulat atau cendawan, sukar nak ditentukan dari gambar sahaja.  Tanah yang sihat mempunyai kandungan akar kulat yang tinggi.  Ia bukannya masalah tetapi suatu yang baik untuk tanaman.  
Bagaimana pula pendapat rakan-rakan?


Gambar hakmilik Mohamad Farhan, <[email protected]>.  Jangan ambil tanpa kebenaran pemilik yang sah. 

Gambar hakmilik Mohamad Farhan, <[email protected]>.  Jangan ambil tanpa kebenaran pemilik yang sah.

Gambar hakmilik Mohamad Farhan, <[email protected]>.  Jangan ambil tanpa kebenaran pemilik yang sah.

3 ulasan:

  1. tanah dia macam mereput dan ada penyakit je tanah tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah yang subur memang macam tu, banyak aktiviti penguraian yang berlaku. Ia boleh diguna semula. Tambahkan baja organik. Untuk kurangkan kerak, tambahkan pasir dan tanah bersabut, untuk keupayaan menyimpan air yang lebih lagi.

      Padam
  2. Rasanya tiada masalah. Saya seperti tuan Iskandar, setuju ia bukan sebab lebihan garam mineral. Mungkin boleh digemburkan tanah tersebut dengan tanah lain untuk lihat kesannya. Saya rasa elok dielakkan ditanam untuk semaian benih. Nak kata mikrorizza tak juga sebab ia perlu diperkenalkan, barulah ada di sesuatu tempat.

    BalasPadam