![]() |
Rosemary subur. |
Rosemary adalah herba yang kuat aromanya. Ia mampu menakutkan serangga perosak. Namun begitu ia tidak menakutkan bena yang berwarna hitam. Kalau bena ini menyerang, rosemary pasti mati dengan perlahan-lahan. Sebelum ini saya ada jual keratan rosemary, tapi risau juga sebab peratus keratan rosemary yang berjaya dicambah kebiasaannya rendah. Kalau saya semai 10, kalau menjadi 5 kira dah boleh celebrate.
Kalau nak propagate rosemary, tak boleh guna batang yang dah berkayu kerana kulit luar bahagian berkayu dah mati dan tak akan menghasilkan tunas baru. Anda perlu gunakan batang yang separa matang.
Saya akan propagate dulu keratan rosemary. Bila dah sedia nanti baru saya akan jual. Benih rosemary? Oh jangan terlalu berharap, ia memang sukar diperolehi. Lagi pun jarang benih rosemary yang disemai bercambah dengan elok.
Kambing panggang yang dimasak bersama rosemary sangat enak, tak sama denagn rosemary kering yang dijual dalam botol perisa. kalau panggang ayam guna rosemary pun enak juga.
Sabar ya, bila keratan dah bercambah nanti, saya jual.
saya booking 2...
BalasPadamOk, tunggu keratan keluar akar dulu, dalam seminggu lagi :)
Padamsaya ade beli pokok rosemary yg dah idup ditanam dlm pasu kat pasaraya maybe dtg dr cameron..
BalasPadamsetelah dalam 4 5 hari pucuk muda sebahagian pokok mulai mengering..boleh tahu x kenapa jadi camtuh..
mak saya terlebih siram air ke?
Rosemary tak tahan air. Siram 3 hari sekali dah mencukupi.
Padamowh patut ler..terima kasih..
Padamyg saya order kena tunggu juga ke? :)
BalasPadamTak. Yang Amir order dah packing. Sekejap lagi akan pos.
Padamok tn...tkasih byk
PadamSalam. Tuan Iskandar,jika sudah ada saya book 3 keratan ye?
BalasPadamOK.
Padamsalam en.is kalau ade saya nak 5 keratan...tq....
BalasPadamOk.
Padampokok rosemary saya pernah diserang bena hitam yang kecil seperti yang en.iskandar sebutkan tu.langsung tak dapat diselamatkan dan akhirnya mati. tapi saya tak putus asa cuba lagi tanam kali ni.
BalasPadamBena tu memang selalu serang rosemary. Biasanya bila sedar kehadirannya, dah terlambat.
PadamKeratan rosemary ni en is jual mcmana? Maksud sy brapa Rm?mcm oregano ker?
BalasPadamYa, sama dengan keratan oregano.
PadamSalam. En iskandar..sy nak booking 5 keratan jika masih ada
BalasPadamMariati Mohd Zin
Ok, saya simpankan nanti. :)
PadamSalam En. Is. berapa yang perlu sy bank in utk kos 5 keratan rosemary termasuk pos..tq
PadamMariati perlu bank in RM20, iaitu RM10 untuk keratan dan RM10 untuk kendalian PosLaju.
PadamSalam. saya dah bank in td pkl 2.57 petang
PadamTerima kasih terubuzo,
PadamKeratan akan dikirim pagi esok melallui poslaju.