Masa yang paling seronok bagi kanak-kanak ketika berkebun adalah waktu menyemai dan menuai. Ini kerana ketika aktiviti tersebut mereka dapat "lampu hijau" untuk bermain tanah. Puteri pada umur 3 1/2 tahun dah mula pandai untuk bergaya, atau act cute.
Sekarang susah sikit kalau suruh posing sebab badan mula melentok bila kamera ditala ke arahnya. Apa-apa sajalah Puteri asal kejap lagi Papa dapat goreng sayur lobak putih untuk kita nikmati sama sama.
Puteri memeriksa isi lobak putih yang disemainya 6 minggu yang lalu. |
Wah ini kalau goreng dengan bawang putih enak ni. Puteri pula nak campur sayur ni dalam mi goreng. |
Puteri memeriksa daun lobak putih yang baru dituai. Banyak khasiat tu. |
Puteri, gembira dengan tuaiannya. |
Lobak Putih/Lobak Kampung
Lobak Merah
Comel :).. Bakal ikut tuan iskandar juga ni..
BalasPadamsampai muncung2 mulut puteri duk wat spot check ke daun lobak....keke...comel sangat.
BalasPadamQuality control tu. He he.
PadamComelnya puteri ni...anak yg keberapa ni en is? Bestnya anak en is suka mkn sayur, anak sy lgsg x nk jamah sayur mcmna nk nk atasinya? En is bleh bg tips x? :)
BalasPadamIni anak bonus, yang ke 9.
PadamKalau anak-anak malas makan sayur, ajak dia berkebun. Tapi sebelum berkebun, tutup komputer dan TV dulu.
Tanam tanaman sayur yang digenari kanak-kanak, misalnya lobak merah, kacang panjang, jagung dan salad.
Kalau kanak-kanak tak gemar makan sawi, jangan tanam sawi. Bila dah mula makan sayur, baru kenalkan sayur yang kanak-kanak kurang gemar.
Cara saya, makanan pejal pertama saya blend nasi dengan sayur. Solid food pertama Puteri ialah cekur manis rebus yang diblend dengan nasi. Lupakan makanan komersial dalam botol.
kalau saya kata anak saya bole makan sawi - ramai yg terkejut... tapi sawi menang yg ditanam sendiri je saya berani bagi... sebab anak-anak kata sedap... masak tumis air campur fishball... mmg dah jadi kesukaan anak...
Padam*sawi menang yg masih muda rasa manis... sbb tu sedap... :)
Nanti cuba dengan sawi jenis renek pula, misalnya christmas green, fairlady dsb. Ia juga manis. Kalau diletak dalam mee goreng, anakanak makan hingga menjilat jari. :)
PadamEn is benih marjoram yg sy bli tempoh hari lgsg x menjadi la..benih moringa, cili solok siam ok jer...
BalasPadamBenih herba ambil masa yang sangat lama untuk bercambah. Beri masa antara 1 hingga 2 bulan. kalau kedaan sesuai, 1 hingga 3 minggu dah bercambah.
PadamOoo...ya ka,nmpk gayanya kna tgg lg la...ingtkn dh x ada peluang. :)
BalasPadamSemua benih herba ambil yang lama utk bercambah. Ketika nak cambahkan suhu jangan terlalu tinggi. Biar sederhana sahaja.
PadamBanyaknya bonus en is..sampai 9!satu lagi nk tanya,topi yg puteri pakai tu,sama dgn topi emak dia ka.ada effect tak pakai topi mcm tu masa berkebun.kot lah,pokok mudsh tumbuh ka sebab topi tu redup..hehehe.. Bergurau....
BalasPadamPuteri ada topi sendiri, tapi bila gardening topi itu juga yang dicari. Dia mula gardening sejak mula menatih lagi.
Padammemang betul la cakap En. Is, bila kita didik anak berkebun secara tak langsung dorang akan makan sayur tu kan. sampai sekarang anak saya suka makan sayur tak kira apa pun.
BalasPadam:) Anak yang makan sayur lebih sihat dan susah kena sakit. Ada yang kata, otak pun lebih cerdas. Ada kebenarannya. Nanti bila senang senang kita bincang tentang khasiat sayur.
Padam