Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 14 Oktober 2012

Puteri dalam Laman

Dah lama Puteri tak tolong Papa berkebun, sebab akhir-akhir ni cuaca terlalu panas.  Dua tiga hari ni hujan turun, jadi suhu taklah tinggi sangat.  Puteri pun bersemangat semula berkebun.  Hari ni (petang Sabtu) Puteri tolong cabut rumput sambil tolong kutip batu-batu yang tak teratur. 

Kanak-kanak memang suka tolong berkebun, sebab masa ini lah berpeluang main tanah.  Kanak-kanak yang tanam sayur lazimnya akan makan sayur.  Jadi pilih sayur yang kanak-kanak gemar makan.

Puteri dalam laman sedia untuk tolong tuai sayur.  Sawi masih boleh tuai sekali lagi.

Puteri dengan cili wangi. Yang itu Puteri tak boleh makan.
 

9 ulasan:

  1. Cantiknya taman sayur en is. Cantiknya puteri en is. En is letaklah banyak lagi gambar laman sayur. Moga jadi inspirasi org2 macam sayayg baru nak bjinak ngan tanam sayur.(skrg saya tgh tanam sayur yg beli ngan tanam sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan letak selalu. Akhir-akhir ni hujan hampir setiap hari, jadi ada patch yang terima lebih air. Saya semai dengan kangkung sebab kangkung suka air.

      Padam
  2. abg is..ada tak gambar2 landskap abg is..saya ingat nk buat landskap taman kebun..atau abg is tahu landskap yg best2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tiada koleksi tersebut. Bila ada nanti insyaAllah saya akan postkan. Mungkin rakan-rakan ada bolehlah kongsikan melalui blog ini. kirimkan gambar ke iskandar.abdulrashid@gmail.com

      Padam
  3. tu la..comey lotte..tp kalu buat landskap bimbang cik ayam jiran cirit merata-rata..huh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada ayam susah sikit. tak apa, nanti saya letak resepi ayam kampung panggang. :)

      Padam
  4. kalau ayam tu boleh dpt free ok jgk kan...:P

    BalasPadam