Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 24 Oktober 2012

Pokok Timun Mati Angkara Siput Babi

Dua hari ni sebelah siang tak dapat luang masa untuk melihat tanaman.  Kebetulan, pada hari isnin, Muhammad, anak lelaki berumur 11 tahun menjalani pembedahan mata.  Petang Selasa dah keluar wad, jadi hari ni sempatlah menjenguk tanaman di depan rumah.  Alamak, 4 dari pokok timun mati.

Pokok timun layu.
Pokok ini baru berbunga, belum ada buah.  Lagipun ini musim hujan.  Tak kan mati kekeringan.  Ok, lah mesti cari puncanya.  banyak lagi pokok timun yang ditanam batch kali ini.  Ini musim hujan.  Siput babi bergerak bebas bila tanah lembap.  Walaupun kebiasaannya ia keluar di waktu malam, bila cuaca redup seperti sekarang, ia juga bebas bergerak di waktu siang, jadi ia akan semakin rakus. Bila diperiksa bahagian pangkal pokok, nah ini buktinya.  Jahat sungguh.  Bahagian kulit pokok dimakan seperti gelang mengababkan sistem peredaran air dan nutrien terputus.  Patutlah pokok mati.



Kulit di bahagian pangkal pokok dimakan siput babi.

 Ini kalau mak saya, dia panggil "rezeki rimau."  nak makan sikit aja, tapi semua sumber makanan dimusnahkan.  Nampaknya saya kena usaha lebih lagi untuk hindar serangan siput.  Maklum sajalah, ruang siput babi berlindung bukan di bawah kendalian saya.  Saya kena bina sempadan supaya siput babi tak menceroboh ke sempadan pagar.

Lihat latar belakang.  Kawasan siput babi berlindung di luar selenggaraan kami.  Nampaknya kenalah usaha lebih sikit.


Siput Babi nampak tak mengancam tapi sebenarnya keupayaan memausnahkan tanaman amat mengagumkan.
   

11 ulasan:

  1. salam en. is, biasanya racun mcm mana yg paling berkesan ntuk siput babi nie..?

    BalasPadam
  2. Salam tuan,

    Letak jaring besi yang halus setinggi sekaki untuk buat sempadan.. Cari jaring besi yang siput babi x boleh nak melaluinya.. Hehe..

    Ataupun, kutip dan musnahkannya..

    Teringat masa kecil² dulu, kutip siput babi, lepas tu kumpulkan dan tabur garam.. Confirm mati bila kena garam.. :)

    BalasPadam
  3. masalah besar lynn sekarang adalah lalat buah. Puncanya adalah mangga jiran sebelah yg byk berterabur di kaki jalan & juga masuk kaw. rumah lynn. Lalat buah bukan main byk lagi menghurung mangga2 yg ranum, kadang2 maggot pun ada.. dah puas dia hurung mangga, dia tukar selera ke okra & tomato pulak. Habis kesemuanya dicucuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lalat buah ni, umpankan je guna umpan yg En Is jual tu, ada kesannya. Saya dah cuba... nampak kesannya di rumah saya. ;)

      Padam
  4. Alamak! Kawasan sebelah kawasan lindungan siput babi? Rumah tinggal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rmh sebelah en is tu ada org duduk tp dia tak suka bertanam selain drp tnm rumpai dan lalang...hehe..

      Padam
  5. kawasan rumah saya ni siput jenis bulat kecik tu... anak pokok hilang dalam masa semalam... kalau ada penyelesaian..tolong la kongsikan.

    BalasPadam
  6. Siput khinzir(nama elok sikit..hehe..) ni kalau mkn anak pokok mesti rapat ke tnh mcm kena mesin.

    BalasPadam
  7. Siput vavi kat umah saya kecik2 saiznya tapi banyak sangat.. Cam baby baru lahir gitu.. Kene selalu taburkan pallet siput tu baru depa mati berjemaah..

    BalasPadam
  8. huhuh... saya pantang jumpa siput babi ni... ambil... baling kat atas batu... kalau pecah comfirm mati... hihihi... hubby kata 'ganas awak ni' bila tengok saya baling siput tu... :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. errr..tetiba plak datang rasa kesian kat siput babi :p ..jgn baling la..dia pun nk idup..apa kata baling kat semak yg jauh2..dpt gak dia mesin semak2 tu hehe..

      Padam