Pokok timun jepun yang saya semai di belakang rumah kelihatan lebih kecil daripada pokok di depan rumah. Mungkin kandungan nutrien dalam tanah dah berkurang kerana selepas 2 kali menanam pokok kailan, saya tidak membaja patch tersebut. Pokok timun jepun perlukan banyak nitrogen. tetapi kurang kalium. Kalau dibekalkan banyak kalium ketika membesar, pokok timun akan terbantut pertumbuhannya. Sebab itu, pokok tomato yang ditanam dalam patch ini lebih merimbun berbanding pokok timun jepun. Pokok ini disiram menggunakan sistem drip yang dilengkapi timer.
Walaupun begitu, beberapa pokok tersebut telah berbunga. Dua tiga hari yang lalu saya dapati hanya bunga jantan yang kelihatan. Hari ini saya dapat lihat putik bunga betina yang pertama. Bunga betina mempunyai pangkal yang berbentuk buah tetapi saiz yang sangat kecil. Bahagian ini diselaputi bulu atau rerambut yang kasar.
![]() |
Pokok timun jepun, putik bunga betina dibulatkan. |
Timun Edison 7
Timun Jepun, Perfect Green, F1 505
Timun Mini
Timun Mini Siam
Timun Symphony 747
Timun Tempatan (OP)
Timun Tun
En.is nak tanya...saya ada tanam pokok timun mini. yang peliknye pokok kecik lagi dah keluar bunga...normal ke tu?
BalasPadamNormal. Mungkin tanah kaya dengan kalium. Ia membesar elok dalam tanah yang kaya dengan nitro. Kalau ingin pokok membesar dulu, buang bunga sulung. Bila pokok dah mempunyai saiz yang sesuai baru biarkan bunga lekat. Pastikan pokok tidak dibiarkan kering tanpa air.
PadamAs salam tuan,
BalasPadamTimun jepun ni sesuai ditanam atas tanah jenis apa ye? Pokok timun jepun yg saya tanam, pembesaran agak terganggu berbanding pkk sayuran jenis lain yg subur dn gemuk2.
Nanti saya akan jelaskan dengan lebih lanjut.
PadamSalam En Is..benih pokok timun jepun yg sy dpt dr En Is sama kes dgn shiro82 di atas..pokok kecik tp dh berbunga..tp malangnya smpai sekarang blum ada buah yg lekat..bunga betina dh byk kali keluar tp layu sblum buah matang..apa yg ptut saya buat ye?
BalasPadamMungkin kerana pokok pernah kering dan sebahagian akar telah mati. Gunakan baja yang kaya dengan fosfat dan nitrogen. Boleh gunakan baja NPK dengan nilai P yang tinggi. Baja organik tinja ayam juga kaya dengan fosfat.
PadamOk,terima kasih. Saya bru letak baja fertigasi dan nampak pokok mcm dh segar dan byk bunga..InsyaAllah saya akn ltk baja NPK klu pokok masih tdk berbuah..sy kn study lebih lg pasal baja ni lah En Is..;)
BalasPadamInsyaAllah akan berbuah lebat. Cuma ketika mula berputik, jaga air jangan kekeringan atau terlebih.
PadamSalam ...timun jepun boleh hidup ke kene matahari ...atau nak yg tempat redup...
BalasPadam