French Marigold (atau Tagetes) bukan sekadar pokok hiasan. Baunya yang kuat tidak digemari oleh serangga makhluk perosak. Pokok ini boleh dimanfaatkan. Jika ditanam berdekatan sayuran, French Marigold mampu menghalau serangga makhluk perosak. Pokok berdekatan akan bebas daripada ulat, lalat buah, lalat putih, bena, dan belalang.
Akarnya pula dapat menghalang cacing perosak (nematod). kalau akar tanaman berketul atau bersimpul rosak akibat serangan cacaing nematod, tanam french marigold berdekatan pokok tersebut.
Pokok Bunga Tahi Ayam digunakan sebagai Buddy untuk melindungi tanaman sayuran. |
Benih French Marigold belum ada stok, insyaAllah dalam 2 minggu lagi akan tiba stok yang baru.
BalasPadamoh, boleh menghalau lalat buah juga ke? Kena tanam la kalau mcm tu, moga-moga buah-buahan sihat segar
BalasPadamhuhuhu... pokok ni paling saya tak suka masa kat kampung dulu - busuk... walaupun bunga dia nampak lawa kuning terang... tapi bau... adoiii... kalau kena sakat dgn kawan - gosok kelopak bunga tu kat lengan... rasa macam seminggu tak hilang bau... sebab tu la dapat nama bunga tahi ayam... busuk dia lekat... hehehe...
BalasPadamtapi buddy yang bagus ye... emmm... jap fikir nak tanam ke tidak... ;)
Ia bukan sahaja menghalau makhluk perosak yang menyerang daun. Ia juga menyerang cacing nematod yang menyerang akar.
Padambenih bunga taik ayam ni dah berkali-kali saya tabur...tak tumbuh2 pun..cmana nak tanam pkok bunga taik ayam ni?
BalasPadamBenih terlalu ringan. Seeloknya semai dalam bekas semaian dullu. Bila dah tumbuh dalam 15 cm (6 inci) baru alih ke tanah.
PadamSy pn tanam frnch marigold tp xtumbuh.. dah guna bekas semaian.. mungkinkah atas sebab benih ni tak sesuai dgn cuaca negara kita
PadamSaya berada di Malaysia. Saya tanam tumbuh.
PadamMungkin kaedah penanaman tidak serasi.
salam..maaf tumpang tanya..pokok bunga garuda..boleh di jadikan buddy tak..pokok ni boleh tahan baunya..
BalasPadamBoleh dicuba.
Padam