Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Penjagaan Tomato, Buang Tunas Ketiak

Jika tanam tomato, selain daripada merumput, anda perlukan aktiviti mencubit tunas yang tumbuh diketiak terutamanya apabila bunga baru keluar.  Tujuannya adalah supaya aktiviti tertumpu pada menghasilkan bunga dan buah yang sihat.  Jika terdapat tunas yang baru, sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh pokok terpaksa dihantar ke tunas baru untuk ppertumbuhan.  Akibatnya, bunga dan buah yang terhasil tidak secantik yang sepatutnya.

Cubit buang tunas baru yang tumbuh di sisi batang utama pokok tomato.
Untuk pertumbuhan bunga dan putik buah yang sihat, tambahkan baja yang kaya dengan fosforus dan kalium.  Baja organik juga sesuai digunakan. Pastikan juga pokok tidak kekeringan apabila bunga dan putik buah kelihatan.  Ini untuk mengelakkan akar rerambut daripada rosak.  Jika akar rerambut rosak, ia gagal menyerap nutrien daripada dalam tanah.  Buah yang terhasil akan cacat.

Bunga tomato yang sihat akan menghasilkan buah yang elok.


11 ulasan:

  1. ape maksud buang tunas ketiak en.is?...bukan pokok ada banyak cabang ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teks tak sempat dimasukkan. Lepas upload gambar, tiba-tiba line putus. :)
      Kalau tidak dibuang tunas sisi, pokok akan merimbun. Ini tiada masalah sebenarnya, cuma pertumbuhan bunga dan buah terbantut sedikit kerana makanan yang dihasilkan serta nutrien yang diserap terpaksa digihkan antara bunga dan tunas sisi. Kalau tunas sisi dibuang, bunga, putik buah dan pucuk utama mendapat lebih banya makanan dan nutrien jadi ia akan kelihatan lebih cantik.

      Padam
    2. maksud en.is buang sisi pokok yang sedang tumbuh kiri kanan pokok tomato kan? sebab en.is tulis cubit buang....maknanya cubit pokok tu sampai tercabut dia punya tangkai kan?...maaf la,saya kurang arif,anak pokok tomato saya baru berbunga...pulak tu ada tunas baru sebelah batang pokok.

      Padam
    3. Ya cubit buang, tapi hati hati jangan sampai batang utama tercedera.

      Padam
  2. Terima kasih en iskandar...info sgt bersesuaian dengan keadaan pokok tomato sy skang dah berbunga!

    BalasPadam
  3. Saya punye pokok tomato tak bernasib baik... Setiap Kali berbunga, ia Akan layu.. Puas saya siram, tak mahu juga dia segar semula, Kenapa ye..? Dah empat pokok tomato menerima nasib serupa.. Hai, tak de rezeki nak makan tomato Dari halaman rumah sendiri padahal saya Memang suka makan tomato..

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Nampaknya saya kena buka kitab yang menimbun dalam almari tu. :)

      Padam
    2. Puan Nurul, Adakah benih puan tanam dari biji benih atau dari buah yang dibeli..

      Jika benih dari yang puan beli... memang En. Iskandar kena buka kitab... Tapi jika benih dari buah yang dibeli, mungkin daya tahan penyakit pokok tidak kuat. Ini adalah kebanyakan benih buah/sayuran adalah dari benih hibrid..

      Padam
  5. Pokok tomato perlukn pancang unt berdiri

    BalasPadam