Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Oktober 2012

Nanti Tanamsendiri Akan Tambah Lagi Koleksi Benih Tomato

Di musim hujan begini tomato berbuah dengan lebat.  Cuma ada antara tomato menerima terlebih air dan menjadi pecah akibat bengkak air.  Tapi ketika musim begini tiadalah pokok yang mati kekeringan kerana kekurangan air. Jadi kira give and take lah.  InsyaAllah saya akan tambah lagi beberapa jenis benih tomato yang best best.  Nantikan kehadirannya.

Gambar menunjukkan tomato baka kampung, isinya padat dan meaty, cuma saiz buah tak sekata.  Elok kalau tanam di rumah.  Enak dibuat sos atau sambal. Bila pokok mula berbuah aja, daun mula keriting akibat kekurangan air.

Jika tanam tomato atau lain-lain buah yang berair, pastikan pokok mendapat air yang secukupnya terutama ketika pokok mula berbuah.


Buah Tomato yang dapat dituai ranum.  Tiada suntikan lalat buah.



11 ulasan:

  1. segarnya nampak tomato ni. merah2 pula tu!
    sy nk tny tuan, kalau tanaman yg sebegini - yg biasa ditemui di kawasan beriklim sejuk, mcm mana ya nak tanam sendiri di rumah? perlu banyak air?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pokok mula berbunga pastikan mendapat air secukupnya tetapi jangan berlebihan. Pada pendapat saya, panas atau sejuk bukan masalah tanam tomato, kerana pokok akan belajar ubahsuai ikut keadaan. Yang menjadi masalah ialah makhluk perosak, sebab iklim panas dan lembap amat sesuai untuk ia membiak.

      Padam
  2. Saya punya tomato kene serang juga dengan bena...tp tak sebanyak pokok cili saya. Semenjak pokok saya berbuah....daun jadi kerinting dan tua. Dan ada salah satu anak pokok tomato saya batang tomato tu jadi bengkak mcm mengerutu. Saya buntu,terus cantas pokok tomato (tiada buah) sampai ke dasar batang tomato tu sbb nampak mcm ada tunas baru. Agak2 en.is punca dia apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tomato kuat makan. Nanti saya buka topik nutrien semula. Mungkin posting dulu terlalu akademik. Nanti kita buka topik nutrien untuk tomato sahaja.

      Tentang daun kerinting tu, sebenarnya pokok saya pun jadi begitu. Menanam cara organik begitulah, selalu kena serang. Tapi tak apa, ada cara untuk optimakan situasi.

      Padam
  3. waahh, merah menyala tomatonya...dh terbayang sos spaghetti..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos tomato, sos spaghetti, gravy, kalau banyak sangat, jemur pun boleh kemudian simpan dalam minyak masak.

      Padam
  4. semangat tengok tomato en is...sy punya semalam kuar dah anak tomato sulong! banyak kali berbunga..tapi x menjadi...hujan kerap sgt di terengganu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya, tomato tak lekat bukan sebab hujan tapi sebab nutrien yang diperlukan gagal diserap, dan pollinator tak berkunjung. Hujan.... serangga pollinator MC.

      Padam
    2. sy rasa pollinator takde..sini pollinator tebuan besar tu...

      Padam
  5. Terima kasih.benih kobis dah selamat saya terima.Alhamdulillah.

    BalasPadam