Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mengapa Ku Tanam Giant Sunflower Yang Tumbuh Dwarf Sunflower?



Giant Sunflower, tapi mengapa saiznya kecil?
Saya ada menerima beberapa soalan tentang bunga matahari daripada rakan-rakan.  Soalan lazim yang saya terima ialah kekecewaan daripada rakan-rakan bila menanam bunga matahari giant sebab mereka dapat bunga yang kecil dengan kelopak yang panjang. Soalannya, mengapa demikian?

Sebenarnya saya sendiri tanam terus aja, besar manapun saya tak kisah sebab bunga matahari tetap cantik walau saiz apapun.  Jika inginkan bunga yang besar dengan biji kuaci yang banyak, ikut langkah ini.

1.  Baja dengan baja yang kaya dengan nitrogen sebelum bunga matahari keluar putik bunga.  Kalau guna baja organik, tambah baja setiap minggu.  Kalau guna baja kimia, siram baja nitro 2 hari sekali.  Siram selalu.  Pokok akan menghasilkan batang yang kasar dengan daun yang besar.  Pokok sebegini sahaja akan menghasilkan bunga yang besar.  Kalau pokok halus macamana bunga nak besar, pasti patah.

2. Bila pokok mula menghasilkan putik bunga, baja menggunakan baja yang kaya dengan potash, iaitu kalium.

InsyaAllah pokok akan menghasilkan bunga yang besar dengan biji yang banyak.


6 ulasan:

  1. amboiii... kuat makan rupanya dia ni... ;p

    BalasPadam
  2. Betul...sunflower saya rebah ke bumi sb batang kurus. Bunga xla besar mana tp berat.

    BalasPadam
  3. pokok sunflower lyn pulak ada yg besar gedabak, tapi bunga dia kecik2 & lebat.. camna tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau x silap hari tu beli yg sunflower OP..pokoknya memang besar tapi bunga kecil dan lebat sampai ke bawah

      Padam
    2. Biarkan bunga utama sahaja membesar. Bunga sisi dibuang. Boleh guna air ikan atau baja fosforus dan kalium untuk dapatkan bunga yang besar.

      Padam