Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 18 Oktober 2012

Masa Untuk Berkebun

Akhir akhir ni dah hujan setiap hari.  Waktu teduh pun lama, jadi waktu untuk berkebun pun lebih panjang.  Bolehlah kerjakan ruang seberang jalan.  Agak-agaknya bila boleh settle ni?  Mula-mula cuba tebas sendiri.  Tenaga habis menebas, tak lagi larat berkebun.  Bila nak mula tebas lagi, rumpai mula naik.  Akhirnya upah orang tebas.  Saya cuma maintain supaya rumpai tak naik.  Daun-daun kering akan dijadikan kompos.  Kayu ranting akan dijadikan pancang.  Kawasan luas, jadi bolehlah tanam pokok yang merayap.  Tengoklah macam mana.  Untuk pilih tanaman, saya serah pada Tun (isteri) sebab dia boleh visualise bagaimana rupa kawasan bila pokok penuh nanti.  Saya pakai tangkap muat aja.

Tun, my mem sedang menanda kawasan untuk planning jenis tanaman yang akan ditanam.
Mana larat nak kerjakan sekali gus.  Buat sikit sikit.  1 patch sehari.  Yang ini disemai spinach.
 
Patch ini saya buat sehari sebelumnya, disemai salad cina.  Tadi kutip siput, ada 20 ekor menggala cambahan salad.
InsyaAllah lagi sebulan kawasan ini akan dipenuhi tanaman sayuran.

16 ulasan:

  1. wahhh...kalau orang muda panggil 'heaven' nih.. kawasan sekitar ni kawasan kebun ke En. Is.. tengok seberang jalan macam kebun jerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, untuk yang menanam macam kita semua memang Paradise, untuk yang tak menanam, semak. :P
      Seberang sungai, ladang sawit.

      Padam
    2. Seberang jalan tu, bakal naik perumahan baru.

      Padam
  2. bestnya kalau dpt tanah seluas nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kalori kena bakar ni sebelum tanah penuh dengan tanaman.

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya, saya pun tak sabar nak kerjakan. Tapi dapat buat kurang dari dua jam aja sehari, 1 jam sebelah pagi, 1 jam sebelah petang.

      Padam
  4. seronok betul ada tempat nak bertanam... saya ada kawasan terhad.

    Cuma masalah yg sama dihadapi... kekangan masa dan bila buang rumput sekali, bila tangguh rumput naik semula. dugaan... :D

    BalasPadam
  5. wow, luasnya mata memandang... huhu kenyang tanam sayur ni..

    BalasPadam
  6. belakang rumah saya ade kawasan bertanam...tp tanahnye tak subur la....dan terdedah pada panas terk...yg boleh hidup cume serai, lengkuas dan pandan....labu saya tanam pun mati, kacang panjang pun tak subur.....macamane nak suburka tanah? perlukah saya tabur baja tinja berkilo2....saya pun tak semnagt nk tnam ...bile tanah tak subur...berlainan dengan kawsan halaman depan rumah....agak subur.....tp tidak untuk pokok petola.....

    BalasPadam
  7. As salam,
    Saya risau satu perkara je bila tgk tmpt bertanam ni. Nanti ada gangguan drp haiwan (kucing, burung dll). Kena buat pagar nampak gayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap patch saya tutup dengan dawai matapunai. Serangan dah bermula, mungkin sebab lembap musim hujan. Padi tadi kutip 20 ekor siput yang cuba ratah cambahan salad cina. Dah letak pellet siput di sempadan patch.

      Padam
  8. macam mana tuan Is elakkan dari kucing/anjing 'spray' kat pokok bila tanam kat luar macam ni yer? saya ada masalah ni kat rumah..

    BalasPadam