Saya ada terbaca dalam sebuah artikel, katanya aktiviti berkebun mengurangkan risiko serangan sakit jantung lebih daripada aktiviti kardio seperti jogging dan berenang. Saya percaya kerana ia tidak memberi tekanan pada jantung walaupun tetap menggunakan tenaga dengan banyak.
Itu manfaat secara terus. bagaimana pula dengan manfaat yang lain. Aktiviti berkebun menenangkan fikiran, membekalkan makanan dan minuman yang sihat, dan menjimatkan duit dapur.
Sayur yang kita makan mengandungi antioksidan yang mampu menghalang proses penuaan. Vitamin C menghaluskan kulit, manakala OPC mengukuhkan salur darah lantas menghidupkan semula aktiviti sel. Kalsium dalam sayur menghablurkan oxalate dalam sistem penghadaman menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang. Ada bahan yang melancarkan perjalanan darah, membaiki tisu organ dalaman yang telah rosak, mencuci hati dan hempedu, mengukuhkan sistem ketahanan badan dan berbagai manfaat kesihatan lagi.
Dulu, saya kurang yakin. mana boleh perlahankan proses penuaan pada kulit. Kini, dah tua-tua ni saya lihat sendiri perubahannya. Sayuran bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah mampu kembalikan keanjalan kulit. Sendi yang mula sakit sebab badan dah tak licinkan dengan lendir akan kembali hasilkan lendir semula, jadi sendi tidak lagi terasa sakit. Mungkin orang muda tak peduli itu semua, tapi yang dah berumur tak mampu perjudikan kesihatan.
Apa tunggu lagi, jom berkebun. Tak perlu tanah yang banyak. Tanah sekangkang kera depan rumah atau ruang tepi tingkap pun jadi.
![]() |
Selain daripada tuaian yang enak dimakan, aktiviti berkebun menawarkan manfaat yang banyak. |
saya ada rutin berbasikal dgn suami... 3 kali seminggu... bila saya banding waktu berbasikal dengan berkebun... hampir sama sahaja peluh yg keluar - bergelen-gelen hingga baju lencun... yg penting kerja 1-2 jam... lebih kurang sahaja... untung saya sebab dapat exercise alternatif... hasil kebun pun dapat... ;)
BalasPadamSangat setuju. :)
PadamAlihkan anak pokok dari tempat semaian ke dalam pasu atau ke tanah juga dah membuat peluh keluar.. Hehehe..
PadamTapi berkebun pada awal pagi dan lewat petang aje la.. Jangan pula berkebun waktu tengah hari.. Mau rentung kulit dibuatnya.. Hehehe :)..
awet muda wife en.is.....hehe. saya pun setuju dgn pndpt en.is tu......cuma yg menjadi masalah adalah apabila duduk dan bangun mengalih tanaman tu kadang sampai sakit2 pinggang. muda2 lg tp pinggang dh mcm si bongkok tiga. hoho....kene lebih praktical lepas ni dlm buat kije. tp yg pasti gardening baik dari kesihatan dan mengurangkan stress. ;)
BalasPadamItu yang saya nyatakan dulu, gardening kurang mesra pada pinggang. Saya perhhatikan kini alat2 gardening direka supaya tidak stress pada pinggang. Alat saya kerusi (stool) plastik ketika mengalih dan merumput dan meja sebagai workbench.
Padambersenam... saya tak suka la berpeluh... lenguh badan semua.
BalasPadamberkebun...berpeluh..sakit pinggang...kotor..takpa saya suka.
Assalammualaikum tuan,
BalasPadamOh ini puan Tun disebalik memory indah dibawah pohon crab apple bersama tupai yg nakal tu ye.Alhamdulillah semoga terusan sihat dan bahagia dunia akhirat.
Salam. Akhirnya (seperti yang disebut Puteri Purnama), keluar juga foto isteri En. Is! Gambar tuan tanah saja lagi yang belum keluar! Atau saya yang termiss?
BalasPadamOwh saya belum keluar lagi ker?
PadamAlamak!