Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 17 Oktober 2012

Kekabuh Terung Seakan-akan Ladybird, Kawan atau Lawan?

Ladybird, kawan atau lawan?
Ladybird ada banyak jenis, mengikut pola bintik pada badannya.  Kalau yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, it ain't  no lady.  Sebenarnya ia bukan ladybird.  Kekabuh ini ialah kekabuh terung dan ia memakan daun terung.  

"Patut bunuh ker?"

Sabar dulu, biar saya habis cerita dulu.

Kekabuh terung, hampir menyerupai Ladybird, lihat permukaan daun terung rosak dimakan larvanya.


Ladybird kebiasaannya bukanlah makhluk perosak.  Tapi kalau dari jenis yang mempunyai pola bintik seperti dalam gambar di atas -- ia makhluk perosak.  Serangga ini menyamar atau menyerupai ladybird dan amat mengelirukan ramai orang yang menanam sendiri.  Kekabuh ini serta larvanya adalah makhluk perosak.

Telur kekabuh terung menetas menghasilkan larva atau ulat bulu yang berbentuk bujur kira-kira 1 cm panjangnya. Larva ini hidup dengan memakan permukaan daun terutamanya daun terung, peria dan daun kari.  Sekali ia serang bukannya satu atau dua ekor, malah beratus ekor. Tanaman boleh musnah dalam masa yang singkat.

Larva kekabuh terung makan daun.

"Hah! Tak percaya, ini bukan larva ladybird?  Larva ladybird rupa seperti ulat, berwarna hitam.  Larva kekabuh terung berbentuk bujur, warna putih kekuningan dan berduri."   

Kalau tak percaya lihatlah gambar berikut, Kekabuh terung ini baru sahaja keluar daripada kepompong ulat yang seperti di dalam gambar di atas.  Pola bintik seakan-akan ladybird pun belum lagi kelihatan.


Ladybird yang baru "dilahirkan".

"Larva kekabuh terung makan daun?  Tapi saiznya kan kecil aja.  Tak kan teruk pokok dikerjakannya."
Sebenarnya serangan kekabuh ini memang dasyat kerana larvanya memakan kuantiti daun yang banyak.

"Kenapa? Tak percaya kekabuh terung yang menyerupai ladybird ini makhluk perosak?"

Lihatlah sendiri daun pokok terung yang saya tanam dikerjakannya.  Memang mengecewakan.  Tapi larva tersebut dah mati kena semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak sebagaimana saya tunjukkan dalam posting http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Serangga ini pasti ditakuti pekebun terung, tak kiralah apa jenis terung sekalipun.  Pasti kekabuh terung ini akan diracun. 
Pokok terung yang hampir musnah akibat serangan larva Ladybird.
Kekabh ini tidak menyerang pokok cili, ia hanya menyerang pokok terung, peria dan kar.
Lihatlah pokok cili dalam gambar berikut, tiada cela langsung.
  

Pokok Cili sempurna tanpa cela.  pokok terung berlubang diserang kekabuh terung.

Ok, dah pasti kekabuh tersebut kekabuh terung?  Boleh teruskan niat anda -- musnahkan kekabuh tersebut.

23 ulasan:

  1. ini betul-betul kawan makan kawan... bole jadi kawan... bole jadi lawan... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak manfaatkan organisma dalam taman, kena faham tabiat organisma tersebut.

      Padam
  2. td balik kije nampak ladybird kaler kuning duk makan daun timun....saya jentik sampai jatuh lepas tu pijak sampai penyek....geram punya pasal. tak tau plak leh jadi kawan dan juga lawan. dah arwah dah ladybird tu....kesian pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu bukan ladybird, yang warna kuning oren tu cucumber beetle, musuh ketat penanam timun seluruh Asia Tenggara. Mesti dimusnahkan.

      Padam
  3. tn.is mcm mana nk hapuskan cucumber beetle ni..cuba tn.is tngk gmbr dlm http://kebunsendiri.blogspot.com..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna semburan sebagaimana yang saya postkan terdahulu. Saya letakkan pada panel kanan blog link nya.

      Padam
    2. Saya letak blog wan fazli dalam senarai "Blog Bertanam Yang Ditemui" pada panel kanan blog ini. Happy blogging. :)

      Padam
  4. owh..patutla, daun timun dan daun labu lately berlubang-lubang..inilah culpritnya

    BalasPadam
  5. Terima kasih dengan gambar-gambar ini. Skrg baru saya tau pelawat pokok roselle saya hingga terpaksa saya musnahkan. Haiwan ini penuh di pokok roselle saya, larvanya usah dikata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia makan daun roselle juga ker? Roselle saya tak kena kacau, hanya terung aja.

      Padam
  6. As salam tuan,
    Dlm kebun kecil saya ada dua jenis ladybird. Satu yg baik, dia dtg tlg mkn aphid pada daun pkk sayuran. Dan yg spt dlm foto ni, mkn daun pkk kacang galaxy. Mula2 tu tak percaya ia memakan daun tp saya perhatikan pergerakan. Ia makan daun kacang pd bhgn bwh tanpa melubangkannya spt foto pertama. Saya sembur dgn cecair organik terus dia jatuh pengsan... Kesian betul. Serangga yg spt penyengat tp bersaiz kecil tu apa ye? Saiznya sebesar lidi tp dia menyuntik telur pd duah dan daun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bagi saya salah buku teks. Ia nyatakan ladybird membantu petani dengan memakan afid. Ia sepatutnya jelaskan jenis yang makan afid, bukan pakai tangkap muat aja. Ada 300+ jenis ladybird. Kita boleh bezakan jenis ladybird dengan memerhati bintik pada badannya.

      Padam
    2. Serangga kecil seperti lebah tu, saya kena tgk gambar dulu.

      Padam
    3. Serangga tu bkn spt lebah tp penyengat. Bahagian abdomennya tirus. Saya baru dua kali tgk serangga tersebut. Kali pertama, ia menyuntik buah bendi dan kali kedua, ia menyuntik telur pd daun kacang pjg. Saya akan tunjukkan pd tuan jika dpt ambil gmbrnya.

      Padam
    4. sama! penyengat tu suka bertenggek di buah okra..sedar2 dah berlubang

      Padam
    5. :)
      Saya masih tertanya tanya species apa. Kalau angkut angkut jarang bertelur ters macam itu aja. ia buat sarang guna lumpur. Kalau tebuan atau pingat, saiznya besar.

      Padam
  7. Tebuan, peringat dan angkut2 tu semua saya kenal dan biasa lihat tp serangga ni baru tgk thn ni. Tu pn sbb tanam pkk bendi. Sama mcm lynn, serangga tu suntik buah bendi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dapat snap gambar, mungkin dapat membantu.

      Padam
  8. oooo rupanya itukerja sikenit tu ker, pokok terunng saya rupanya diserang sikenit ini. saya gunakan semburan air + minyak masak + sabun pencuci = die sikenit tu hihi,tapi kalau kekambuh timun tuu hmmm...susah seket tak mati mati cammana yek en iskandar, penat menyemburnya tapi tak mati mati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kita bincangkan cara nak handle cucumber beetle.

      Padam
    2. terima kasih..saya tunggu hu hu

      Padam
  9. baru tau itu tlur ldy bird...kat pokok lada saya byk..ingatkan semut tu mkn menatang tu...cit kene amim tindakan segera ni..tq..nnt nak wat racun selamat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan telur ladybird. Yang putih kat pokok lada tu mungkin mealy bug atau lalat putih. Ya, kena sembur larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.

      Padam