Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Nani Wahid

Gambar yang dipamerkan hari ini adalah kiriman Puan Nani Wahid, dari Perak.  Terima kasih Pn Nani Wahid atau nama atas talian Nani_ela kerana sudi berkongsi gambar.


Rumah dengan pokok bunga matahari yang sedang mekar nampak ceria.  Kata Nani, 8 daripada benih yang disemai menjadi.  Gambar milik Pn Nani Wahid.

Putik bunga matahari. Cantik pola yang terhasil. Gambar milik Pn Nani Wahid.

Bunga matahari yang sedang mekar.  Memang cantik. Gambar milik Pn Nani Wahid.

Tinggi pokok bunga ni, patutlah bunganya besar.  Gambar milik Pn Nani Wahid.

Anak Pn Nani Wahid bergaya dengan pokok mentimun di pagar.  Gambar milik Pn Nani Wahid.


Anak Pn nani bergaya dengan pokok bendi.  Besarnya.  Saya angkat tangan surrender.  Baja apa yang digunakan ni?  Gambar milik Pn Nani Wahid.

Bendi dari pokok yang Pn Nani tanam, panjang.  Gambar milik Pn Nani Wahid.

12 ulasan:

  1. Pd pendapat saya tanahnya cukup penuh dgn zat yg perlu selain kwsn dpt cukup cahaya, jd pokok blh jd amat subur. Kalo blh maintain tu mmg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu baguznet. nak maintain kena faham perkara yang asas. itu adalah satu daripada sasaran kami di tanamsendiri, berkongsi maklumat tentang perkara-perkara yang asas.
      :)

      Padam
  2. huhu... saya jeles tengok bunga matahari dia... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jeles jeles. Nanti tanam, sebelum berbunga baja dulu. Nanti dapat bunga besar.

      Padam
  3. mak aihhh... besarnya pokok bendi tu.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Tx Tuan Tanah kerana beri Nani penghormatan utk turut serta berkongsi hasil tanaman di blog yg kaya dngn ilmu tanaman.
    Bunga matahari ini saya semai 10 & alhamdulillah menjadi 8. Diameternya x pernah pulak Nani ukur cuma bila di letak sblh muka anak, bunga ini lebih besar sikit dari muka anak. Skrg sedang dlm proses menghasilkan benih (sedang mempraktikkan ilmu yg en is turunkan). Nani yakin, kalau ditanam di atas tanah, hasilnya insyaAllah lebih hebat.
    Timun itu pokok sendiri. Saya x minat pokok yg menjalar, tetapi dah semai, dah berbunga lebat, Sayang pulak jadinya...
    Bendi pulak, di sini orang panggil bendi "keling" (opss)... Org yg ckp... Bendi ini saya menumpang di luar rumah kakak. Saiz purata setiap kacang bendi ini kebanyakannya lebih panjang dari botol air mineral 500ml. Kadang2 sepokok ada sampai 14biji, sampai terbalik pokok.
    Semua tanaman saya (kecuali bendi tu), saya semai di polibeg 16x16 (termasuk sunflower), menggunakan tanah 3in1 yg saya beli di kilang sawit. Kesemua tanaman saya setakat ini, tidak menggunakan sebarang baja kimia. Saya cuma menggunakan air basuhan ikan, basuhan beras, hampas teh & hampas kopi. Kekerapan baja saya tidak pasti sebab menggunakan "sistem giliran". Bonus utama mungkin sebab Taiping ini Bandar Taburan Hujan.
    Ini pengalaman pertama saya dalam hobi menanam & sedikit sebanyak membantu menghasilkan sayur segar utk kegunaan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nani. Maklumat yang amat berguna untuk semua. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi. saya tak pernah tahu bendi boleh jadi sebesar itu dengan buah yang banyak.

      Padam
  5. Terima kasih juga buat En. Is... Blog En Is banyak membantu kami. Moga kita sama2 mendapat pahala dlm berkongsi ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama nani ela. Terima kasih kerana doakan untuk kita semua.

      Padam
  6. sukanya tengok bendi tu..geram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sola Hadi pun dapatkan bendi saiz ni. Semai bendi singa. Saiz buahnya besar tapi isi tetap lembut.

      Padam