Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Gambar Hari Ini -- Terung Panjang Hijau


Terung Panjang Hijau
Saya semai 100 biji benih Terung Panjang Hijau.  Yang menjadi ada dalam 95 pokok.  Sebahagiannya dijual pada rakan yang bertandang ke rumah.  Dalam 10 pokok dialih ke tanah dalam patch depan rumah.  Kecil aja kawasannya.  Patch diselang seli dengan Cili Kulai King dan Lobak Putih.
Pokok terung kali ini menjadi.  Tanah yang digunakan digaul dengan baja organik kira-kira seminggu sebelum pokok dialih.  Dalam 2 minggu selepas dialih pokok mula berbunga.  Gambar menunjukkan pokok yang telah berputik.  Tak sabar menunggu buah terung panjang hijau.

Terung Panjang Hijau
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan