Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 25 Oktober 2012

Gambar Hari ini -- Tanaman Yang Bakal Dituai

Ahhhh.... Hujan dua minggu ni telah menampakkan rahmatnya.  Tanaman yang tumbuh subur kini sedia untuk dituai.  Janji untuk tuai bersama Puteri, sebab antara pokok ni dia yang semai.  Mana Puteri ni.... Ooooo sibuk melayan anak saudara rupanya.  Abislah my Duta Kecil untuk blog tanamsendiri, dapat anak saudara terus tinggalkan dunia glamour.

Seperti permata nilam, Tomato Ceri Fullhouse berkilau menghias taman.

Lobak Putih dah perfect untuk dituai.

Cili Kulai, walaupun masih kecil, kalau dipetik terus makan enak dibuat ulam. 

Penat penat berkebun tepi rumah, kalau dapat jus roselle ais, fuh.

Terung Pendek naga menunggu hari yang sesuai untuk dituai.  Sedap ni kalau panggang bersama minyak zaitun.

Kobis Micky, mungkin dua bulan lagi bolehlah merasa.

Timun Jepun kalau dipadankan dengan nasi lemak.  Tiada terhingga enaknya.

Keratan Moringa tak kurang hebatnya merayu minta dituai.  Keratan menunggu dikirim kepada pembeli.  Siapa yang sambut amat beruntung.  Mungkin esok bunga moringa dijadikan ramuan telur goreng.




9 ulasan:

  1. amboi tomato tu,cantik sangat berkilat2. mcm kene superimpose pulak.....keke. sangat cantik,menarik dan menyelerakan.

    saya punya tomato ceri tak naik cantik sbb kene bena banyak sangat...bena ohh bena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini pun ada juga bena, tapi dah kena sembur dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak. Pernah disembur hingga 2 hari sekali. Sekarang dah ok sebab ada burung singgah pagi pagi.

      Padam
  2. bunga moringa boleh makan rupanyaa...banyak hasil ni nanti ye..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. kita nak geng dgn lynn... geng jeles... hehehe...
      jeles sungguh tengok timun jepun tu... kita punya memanjang tak jadi... :(

      Padam
  4. cantik tomato..biasanya berapa lama baru ada buah tomato? sy tanam byk pokok tomato tapi semua masih kecil hehe..

    BalasPadam