Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 18 Oktober 2012

Gambar Hari ini -- Lobak Putih Dalam Pasu


Lobak Putih dalam pasu senduduk.
Biasanya saya tak galakkan orang tanam lobak dalam pasu yang mengandungi pokok bunga.  Tapi ini kerja Puteri, anakku yang berumur 3 tahun setengah.  Mana boleh larang.  Kalau larang setengah hari muka masam "catung", semua yang Papa buat tak kan kena.

Puteri memang suka berkebun.  Bila saya masuk halaman rumah untuk bertanam, dia akan ikut sama.  Antara aktiviti kesukaannya ialah menyemai dan menuai.  Hari itu saya semai satu pek lobak putih dalam dulang semaian.  Dia kutip benih yang jatuh dan semai dalam pasu senduduk.

"Puteri tak boleh semai dalam pasu, nanti pokok senduduk tu renggeh, berebut baja." saya tegur.

"Boleh, ni ho."  Jawab Puteri selamba.

Hentam sajalah Puteri.  Nanti Puteri tolong tuai pula.  Kita goreng dengan bawang putih buat lauk nasi. :) 

15 ulasan:

  1. he he sejuk tangan Puteri En. Is.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Solid food pertama sayur tanamsendiri dan nasi yang diblend jadi bubur.

      Padam
  2. Salam En. Iskandar...bagusnya Puteri...kecik2 dah minat nak berkebun.....saya pernah jg tanam lobak puteh dlm pasu dulu....daun jer yg membesar....lobaknya tak besar2 hehehe any petua? ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah biar kaya dengan nitro (baja organik atau tanah kompos ok) dan diletakkan tempat yang dapat cahaya matahahri sepenuhnya.

      Padam
    2. Saya pon sama geram tgk pokok lobak saya...rasa macam nk cabut jer..dah lama tanam tapi x nampak lagi lobaknya..kejap lg nak alih tempat pula kalau x tumbuh gak lobaknya, mmg nak kena cabut!

      Padam
    3. Sabar, boleh replenish tanah tu. Siram air ikan, atau baja organik. Lepas seminggu akan nampak perkembangannya. Pastikan dapat cahaya pagi sepenuhnya. Lobak perlukan banyak tenaga nak gemukkan batangnya.

      Padam
    4. Salam Avia & En.Iskandar...saya dah cabut pun lobak tuh lepas 3 bulan tanam.. sedihnya tgk lobak tuh nmpk mcm roots tuh makin pjg, tapi saiz dia sebesar mancis jer hehehe...tp benih ada lagi ni...insyaallah nnt saya cuba lagi....thanks for the tips, En.Iskandar...:)

      Padam
  3. baguz la dia tu, suka kalau budak2 suka bertanam nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kanak-kanak kalau dapat main tanah tanpa kena marah, memang seronok lah dia. Cumatime gardening jangan pasang komputer atau astro. Kalau pasang, habis lingkop, kanak-kanak jadi macam ayam daging, ngumpul lemak.

      Padam
    2. Setakat ni kat rumah saya mmg xde Astro, jd masalah tak nak tido. Komputer pun takat utk saya sahaja. Tak tau lah bila mereka dah besar nanti. Yg ada pun tablet, itu pun still monitor masa guna

      Padam
    3. Ok lah tu, boleh ajak mereka join sama time berkebun kat lama rumah. kalau pergi kandang, ajar mereka perah susu kambing pula. He he. Zaman saya belajar dulu, tempat saya belajar, setiap musim panas ada pertandingan perah susu kambing, tengok siapa perah paling banyak dalam masa yang diberikan.

      Padam
    4. anak sulung dan kedua saya kurang minat aktiviti laman... sebab nya - membesar di rumah flat... jarang jejak kaki ke tanah... :(
      anak yg ke-3 je nampak minat nak sibuk-sibuk main tanah... tapi kita pula had kan... bila hari panas, pun tak beri dia ikut sama... hari hujan... lagi la tak bagi keluar... hahaha... kalau bagi pun sejam je... itu pun banjir laman - sebab suka tolong siram... ;)

      Padam
    5. Tak apa walaupun sekejap. yang penting masa tuai, involvekan mereka.

      Padam
  4. Best blog ni...banyak info pasal tanaman..hehe

    BalasPadam