![]() |
| Kesom dalam kolam ikan, hidup subur kerana kesum amat gemarkkan air. |
Pokok kesom adalah herba yang mudah ditanam. Ia ditanam menggunakan keratan batang. Pokok kesum ini pernah terabai. Ia perlukan air yang banyak, bila pokok tidak disiram ia akan renggeh. Untuk selamatkan pokok, saya rendam pasu dalam kolam ikan di depan rumah. Pokok kesum tumbuh subur semula. Tak lama lagi nak keringkan daun untuk dijadikan perisa.

patut la kesom saya kebelakangan ini tak cantik... agaknya kurang air... sebab tanam atas batas... hari panas pula... :(
BalasPadamKesum perlukan banyak air. Kalau air bertakung ia lagi suka. Kalau zaman kanak-kanak dulu, kami mandi di perigi. Tepi perigi mak saya semai banyak pokok kesum.
PadamSaya tanam kesum dalam tanah yg berair...tp belum ada tanda2 daun nak keluar...berapa lama blh jd mcm pokok en iskandarvni
BalasPadamPerhatikan bahagian pangkal. Bila akar baru mula keluar, pokok akan bertunas baru. Daun lama akan layu. Biasanya dalam masa 2 minggu.
Padamhijau merimbun pokok kesum en.is.....ikan2 patin en.is tak makan ke akar2 kesum tu?.
BalasPadamSebenarnya pokok ini ditanam dalam pasu. Pasu direndam dalam kolam. Mungkin ada makan tapi tak menjejaskan tanaman sebab pokok dah ada dalam air.
PadamSelain suka kawasan lembab atau berair, kesum juga menyukai kawasan yg tidak terdedah kpd cahaya matahari secara terus. Elok ditanam di bawah naungan spt pokok besar atau bangunan (rumah)
BalasPadamInfo yang berguna. Kalau macam ni elok juga ditanam tepi tingkap. Kalau tingkap dapur, nak memasak terus capai aja. Boleh buat ni. :)
Padamjeng-jeng dapat idea nak letak daun kesum kat mana...
BalasPadamsebenar baru siapkan kolam kecik. Terkejut tengok gambar ni sebijik yang hubby buat.
:)
Padamooo kesum suka tempat teduh ye. saya letak pasu saya bawah sinaran matahari. so far ok sebab saya tanam dalam bekas yang tak berlubang. so air memang bertakung je kat dalam tu. kesum saya sangat subur. tapi kesum dalam pasu agak kering.
BalasPadamDi kampung saya ketika zaman kanak kanak dulu, kesum banyak tumbuh tepi perigi.
Padamterima kasihlah en iskandar paparkan post ini,saya letak daun kesum saya (dalam beg polibeg) dalam basin kecil yang dibubuh air.... hisk ALHAMDULLILAH hidup segar kesum tu hu hu..
BalasPadam:)
Padam