Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Di Mata Lalat Buah, Sayalah Paling Seksi



Petang semalam ke pejabat pos untuk kirim pesanan benih.  Oleh kerana ada kiriman poslaju, saya pun ambil nombor dan menunggu giliran.  Sambil duduk, buka mobil dan mula main game.  Tiba-tiba rasa ada benda menyinggah di lengan.  Syok main game, tak peduli apa yang singgah. 
Lepas tu rasa macam ada satu lagi menyinggah, satu lagi, satu lagi.  Tak boleh jadi ni, tutup game, sinsing lengan baju.  Alamak ada dalam 10 ekor lalat bauh jantan sedang menikmati bau lengan ku.  Kalau lalat buah betina tahan juga, bolehlarr perasan badan ada keluarkan feromon yang seksi. Ini lalat buah jantan.  Seksi ker haper nyer.

"Encik, naper lalat tu singgah kat lengan encik, tepis tepis tak mau lari?" 

Tanya akan seat sebelah.

"Owh itu bukan lalat biasa, itu lalat buah, bau saya seksi untuk dia kot." jawab saya selamba.

Slow aja akak tu tukar seat, tak mau duk dekat dengan dirty ol man.

Tak mau lari! Tempis tempis singgah jugak. Yang sempat landing kat lengan meleleh air liur jilat lengan.  Apa tidaknya, tadi siapkan ramuan minyak cengkih untuk dijadikan umpan lalat buah.  Kalaulah tau formula untuk manusia, akan ku buat, biar mem melekat aja tak mau lepas lengan ni.  Macam lalat buah jugak.  Hmm... jangan mimpi. Nombor dah naik tu, pergi uruskan poslaju dulu. 




25 ulasan:

  1. heheheh..nampaknya mujarab betul minyak pengasih lalat buah en. is tu. kikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalaulah tahu rumusan minyak untuk manusia... Habis syarikat perfum lain gulung tikar.

      Padam
  2. hahahaa. bahaya juga tu. kiriman benih sudah sampai. saya beli yer en. is

    BalasPadam
  3. hahaha lawak entry Tuan Is kali ini.Kalau mem sentiasa nak bergayut nanti jadi macam lalat buah tu, depan orang pun sentiasa nak keneng2, hehehe gurau ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, kena cari juga formula tu. Ada yang kata sejenis kulat dalam tanah boleh buat orang perempuan jadi macam lalat buah jantan tu. Tapi tak boleh bagitau kulat tu, nanti susah saya bapak bapak kejar minta rumusan... :P

      Padam
  4. Hahaha.. Tergelak besar saya baca..

    Boleh tahan gatal gak lalat buah tu ye tuan :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena feromon, orang pun boleh jadi gatal. Kalau tidak tak kan colonge campur kencing rusa (musk).

      Padam
  5. mesti akak yg lari tuka seat slow2 tuh seram jer kan hahaha ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, lagi pun dia tak kenal lalat buah. Pasti dia ingat langau yang datang hurung.

      Padam
  6. Hehehe..gelak sorang2 bca post en is ni.

    BalasPadam
  7. hu hu dalam pejabat pos pun lalat boleh bau...hi hi mesti orang yang duduk sebelah seat seram tengok lalattu, tu sebab dia lari hu hu cuba bayangkan deretan lalat yang parking kat lengan en iskandar.....gelihati hu hu

    BalasPadam
  8. lalat tu dah pening...dia ingat en.is ni lalat betina....hoho.....alang kepalang dah ramai lalat buah tu...sampai rumah terus spray ridsect...meninggal sekali banyak. Tak sempat masuk perangkap dah mati dulu....keke.

    BalasPadam
  9. gosh! gelak besar lynn baca ni..i boleh imagine org sebelah yg tukar seat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu larrr. Memang tensyen bila orang slow aja ensot ke kerusi lain. Felt like a freak.

      Padam
    2. lynn... kita imagin sama-sama ek - macam mana lalat buah tu bersusun kat lengan En.Is... pastu air muka pompuan tu... hehehe
      agak nya apa la yg difikir dalam kepala perempuan tu?

      Padam
  10. ada snap gambar?..bawalah kongsi tengok. tak payah lak segan..dah terlanjur nak gelak besar, biar ganti terpukau pulak tengok pic tu. saya masih tak tahu mana satu lalat buah. Tuan tunjuklah ya..please..hehehe

    BalasPadam
  11. Salam. Lawak benar entri ni. Gelak besar saya.. Hehe. Lalat buah ni nama saintifiknya Drosophila melanogaster ke? Semasa di u dulu, saya pernah menggunakannya utk amali genetik perwarisan. Mudah benar membiak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama, Drosophila bari-bari. lalat buah saiznya sama dengan lalat rumah, tapi abdomennya berbelang.

      Padam