Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 15 Oktober 2012

Biji Sawi Untuk Sayur?

Saya ada browse ke pasaraya ****O di bahagian gardening/DIY area dekat pasar Seri Kembangan.  Sambil belek-belek alatan yang dijual, saya terperasan beberapa pek biji sawi tergantung.  Maksud saya biji sawi yang dijual sebagai bahan untuk memasak, bukan untuk gardening.

Dalam hati saya, ada juga menyebut,

"Nakal sungguhlah mereka ni.  Kesian pembeli yang tak tahu, pasti akan tertipu.  Bukan setakat hasrat untuk dapatkan sawi yang elok, masa lagi.  Ini belum lagi semangat yang akan patah bila dapat sawi tu nanti."

Tak kan tak ada supervisor yang menegor bila pekerja buat silap macam ni?

Saya timbulkan isu ini sebab ada rakan yang emel saya bertanya tentang halyang sama.

"Boleh tak tanam sawi guna biji sawi yang dijaul untuk ramuan memasak?"

Jawapannya,

"Boleh, bukan tak boleh." Tapi...

 Begini ceritanya...

Benih biji sawi yang dijual sebagai ramuan makanan dipilih atas kriteria saiz biji tersebut dan bukan atas kriteria rupa dan rasa daun.  Jadi pokok yang dihasilkan tidak menghasilkan sawi sebagaimana yang kita inginkan sebagai sayur.  Mungkin ada yang bernasib baik dapat sawi yang enak dimakan.  Tapi kebiasaannya sawi yang dihasilakn kurang enak.

Saya dapatkan satu pek biji sawi tersebut dan cuba tanam sedikit.  Hasilnya, saya dapat pokok sawi dari jenis daun berbulu.  Saya terfikir juga nak masak, manalah tahu kalau-kalau rasanya enak... tapi isteri saya tolak mentah mentah idea tu.

Kalau rakan-rakan ada bela arnab atau haiwan ternakan lain, mungkin boleh dijadikan makanan haiwan.  Saya pula akan tanam untuk dijadikan baja, yang dikenali sebagai green manure. Ia kaya dengan nitrogen, jadi elok dijadikan kompos.

Sawi berbulu ditanam dari biji sawi yang dijual sebagai ramuan makanan.
 

9 ulasan:

  1. Oo..selalu jga tnya kt mak,leh ka semai biji sawi yg slalu mak buat masak cuka..sawi berbulu rupanya.huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Jangan susah susah, kat tanamsendiri ada banyak benih sawi yang elok elok. Kahabbarnya Sawi christmas Green dijual dengan harga hampir RM20 sekilo. Nanti tanam banyak banyak dan makanan yang berkualiti sahaja.

      Padam
  2. en iskandar ingat tak sy penah tanya ada tak sawi berduri...sbb mula-mula start bertanam2..ada sawi yg berduri..bila sy baca entry ni...br terpikir bukan berduri..tapi berbulu...adoi lah..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he, saya ingat lagi. Merata saya cari bahan rujukan, tak jumpa sawi berduri.

      Padam
  3. owh baru lynn tau, hari tu kawan bagi benih. ni dah byk cambah bila nampak mcm pelik jer sawi ni, lynn terus cabut! (sayangnya kalau tau masa tu boleh kasi Brownie mkn..)

    BalasPadam
  4. saya beli pek benih dpd maha,dpd booth peladang..diorg kaat dpt benih terpilih yg diimport. sawi pak choi tertera..tapi dinaman berdozen benih.semua cambah berbulu.rasa pahit yg amat.ditelan mentah rasa mcm telan racun huhuhu..sy bawa keratan daun dan beri pada en is utk penerangan. patutlaaaa...sawi pahit!..nmpknya mungkin peladang kene tipu apbl beli benih import. kesian

    BalasPadam
  5. Saya baru jugak terkena sawi berbulu ni..btgnye xmcm sawi yg biasa kit bli...btg sawi tu kaya dgn air..yg ni keras warna merah2...tp sawi ni rasa mcm sawi biasa la daunnye...

    BalasPadam
  6. Saya beli biji sawi utk campuran herba tumis kari,cuba semai .haaa tumbuh..rupa sawi berbulu..nk tanya daun dan batangnya boleh tak dibuat sayur.

    BalasPadam