Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 Oktober 2012

Benih Kongsi Bulan Ini -- Kobis Cina 636

Bulan ini saya akan kongsikan benih kobis cina baka 636.  Saya sendiri belum semai benih ini.  Menurut pembekal benih pokok kobis ini menghasilkan daun yang separa tertutup.  Ia tidak menghasilkan jantung yang padat kerana daunnya yang separa terbuka.  Sama-samalah kita cuba.

Untuk dapatkan benih kongsi, emel atau sms nama  dan alamat ke [email protected]  Jika rakan-rakan memesan benih, pek benih kongsi akan disertakan.  Benih diedarkan secara percuma.  Bulan ini saya akan kongsi 2,000 pek sahaja.  Setiap pek mengandungi secara purata 50 biji benih. 

Dapatkan benih sekarang, lagi dua bulan anda akan nikmati sayur seperti ini.

2,000 pek pertama telah habis diedarkan.  Saya telah menambah 4,000 pek lagi untuk dikongsi.  Kepada rakan dan pengunjung yang belum mendapatkannya boleh berbuat demikian. :)

55 ulasan:

  1. owh..harap2 Lynn pun dpt.. he he..

    BalasPadam
  2. .....(malu malu kucing ni)saya 1, bolehkan.Terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, saya akan kirim bersama benih yang dipesan baru-baru ni. nanti akan updatekan posting tentang buat sabun. Sedang mencari bahan alternnatif sebab NaOH sukar diperolehi orang biasa macam kita.

      Padam
  3. Saya tak berapa nak malu2 kucing mcm cikgu puteri...nak satu pek. Saya akan emelkan pesanan benih yg baru kpd tuan. Cuma saya risau nk tnm sayuran jenis berdaun. Serangga perosak sedap2 je kunyah daun sbb bebas racun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tentang perosak jangan bimbang. Bila komuniti taman dah stabil, tak banyak akan dimakan. Lihat sendiri patch sawi depan rumah saya. Hanya satu atau dua aja yang rosak sedangkan jumlah belalang sangat banyak.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ok, nanti emelkan alamat. Ada ramai yang nama Ramli dalam list saya.

      Padam
  5. Terimakasih tuan.
    Saya sangat berbesar hati kalau bahan NaOH tu,dapat diusahakan.Semangat masih berkobar2ni..hehehe

    BalasPadam
  6. en iskandar, saya pun nak jugak tapi hold dulu yer sbb saya nak pilih benih yg lain dulu... hu hu terima kasih daun keladi hi hi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, saya simpankan untuk Hidayah Salim. Saya sendiri pun baru nak semai benih ni. Tak sabar.

      Padam
  7. menarik nampak kobis ni. Kaedah menanamnya spt dlm posting ini ke Tuan Is: http://www.tanamsendiri.com/2011/02/tanam-sendiri-kobis-cina-brssica.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kobis ni jenis membentuk separa jantung (semicos).

      Padam
  8. Salam, saya pun nak juga, simpan dulu sebab dok pilih benih lagi.. terima kasih..

    BalasPadam
  9. Salam.. Tuan.. Nanti sy emailkan pesanan dalam masa terdekat ni.. Cuma sy sibuk sikit dengan tugasan pejabat.. Hasrat untuk pesan benih untuk ditanam di kandang nanti :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah banyak benih baru yg terlepas ni. :)

      Padam
    2. Tau xpe tuan.. Hehe.. Tuan simpan la benih apa-apa yang tuan rasa sesuai dgn saya.. Nanti saya siapkan list untuk pesanan..

      Padam
  10. Salam en is,mgg lps sy ada bli benih ngan en is tp blm smpai lg..nk tnya sy dpt x benih kobis cina ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya ada masukkan benih kongsi dalam kiriman tersebut. :)

      Padam
  11. Alhamdullilah saya da terima :D
    terima kasih en Is.

    BalasPadam
  12. Benih yg d pesan dh slamat smpai...tima kasih en is..x sabar nk berkebun..

    BalasPadam
  13. tuan saya nak jugak..
    [email protected]

    benih aritu dah sampai..
    timekasih yer.. :)

    BalasPadam
  14. Masih ade lg ke benih ni? En. Is, saya dengan muka tebalnya pun nak satu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu tebal muka, saya amat berbesar hati jika Ku... sudi menerimanya. Nanti emelkan nama dan alamat.

      Padam
  15. He he he... Alamat telah pun dikirimkan sebentar tadi.

    BalasPadam
  16. En. Is x jual ke benih2 herba mcm rosemary, thyme, holy basil, oregano, sage, tarragon, halba dll?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rosemary, keratan ada, thyme, habis, holy basil, ada, oregano, keratan ada, sage, habis, tarragon, habis, halba, ada, ketumbar, ada, daun sup, ada, seleri, ada, ulam raja, ada. :)

      Padam
    2. Oo.. Yg pakai keratan btg tu kira berape hargenya?

      Padam
    3. Holy basil tu selasih hitam kan?

      Padam
    4. Keratan batang, 1 set 5 pek harganya RM10. Holy basil tu tulasi.

      Padam
  17. En. Is keratan batang tu boleh campur2 ker? Selasih hitam ade tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok ambil satu set sebab biasannya tak semua keratan akan menjadi. Ia bergantung pada banyak faktor.

      Padam
  18. En. Is ni Alamat saya Norsuhada Ishak, Unit Pengajian Teknologi Maklumat, Pusat Latihan Polis Air Hitam, 72120 Jempol, N.Sembilan. Benih yg saya beli dengan en.is dh saya semai dh semakin membesar, bunga dahlia pn hidup cuma selasih susah nak hidup.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hannah,
      Terima kasih kerana sudi terima benih kongsi dari blog tanamsendiri.com.
      nanti bila dahlia berbunga, hantarlah gambar untuk kami postkan ke blog. Selasih memang lambat sedikit. Tnggu hingga sebulan. Saya pernah semai lama tak tumbuh. Bila dah semai tanaman lain, tetiba seperti lumut ia tumbuh dengan banyaknya. Seingat saya masa tu, ia bercambah hampir 6 minggu selepas disemai.

      Padam
    2. ok en.is nnti bile saya emelkan gambar dekat en.is....tq kerana sudi berkongsi benih dengan saya.....

      Padam
  19. wah..saya terlambat ke?ada [email protected] boleh saya nak melawat tapak kebun En.Iskandar..boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikmanggis belum terlambat. Boleh dapatkan benih tersebut.

      Ya boleh. Biasa rakan2 berkunjung time hujung minggu. Munggu minggu depan. Minggu ni kurang elok sebab anak nak operate hari Isnin. Hari Ahad admitted ke hospital.

      Padam
  20. en is, nak jgk tau..masukkan dlm order saya sekali..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum En. Iskandar, saya nak satu boleh tak?..Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Benih kongsi untuk bulan Oktober dah habis. Benih kongsi untuk bulan November sedang dipek.

      Padam