Saya pernah terfikir, cili selalu kena serang lalat buah. Bayangkan, lama tunggu buah ranum. Bila dah tiba masa petik, potong buah -- berulat. Pasti kecewa. Macamana kalau balut macamni?
"Do'oh lalu mung!" kata orang Ganu. Saya catat masa nak buat macam ni. Satu pokok ambil masa 45 minit. Kalau tanam sendiri satu atau dua pokok bolehlah. Kalau tanam 10 pokok, tak terkejar nanti. Elok pakai perangkap lalat buah aja, bkan letak kat halaman rumah. Letak jauh dari rumah supaya lalat buah terbang keluar dari halaman rumah.
Kalau nak letak juga dalam halaman, letak 1 sahaja. Di luar halaman rumah, perlu letak juga.
![]() |
Kalau serangan lalat buah terlalu kerap, mungkin perlu balut buah. Tapi kaedah ini memerlukan masa yang lama. |
Salam. Saya balut buah mangga aje, cili api tak laratlah, banyak sangat!
BalasPadamMemang tak larat kalau nak buat macam ni. :)
Padamada sahabat saya maklumkan... kalau pokok buah seperti jambu, ciku... semasa putik bunga lagi harus dibungkus... bukan semasa dah jadi putik buah... sebabnya semasa bunga mulai berkembang lalat pun mula menyuntik telur nya... jadi bila putik buah jadi... telur lalat sudah sedia ada di situ... tinggal lagi nak kerjakan buah sahaja...
BalasPadamhuh... kalau ikut kaedah ni... pengsan saya nak bungkus buah... :(
Kalau dibalut ketika masih putik bunga, bagaimana pula dengan pendebungaan?
PadamPada pendedapat saya, elok guna perangkap lalat buah. Untuk perlindungan tambahan, bila buah berputik, baru balut.
Peladang komersial lazimnya guna semburan racun atau tanam di tempat tertutup. Mustahil nak balut satu satu.
En Iskandar,
BalasPadamNak tanya yer..sekarang kailan sy dah makin besar..bila dah besar hijau2 daun melebar ni..ulat hijau pun sedap-sedap dia makan...jd nak elak dr ulat hijau ni..sy ada baca racun organik buat sendiri guna sabun basuh...sabun basuh ni boleh guna jenis apa-apa aja kah atau ada jenis tertentu..serbuk atau liquid...kang taram apa-apa aja..takut kering mati kailan plak...
He he, guna sabun pencuci pinggan mangkkuk jenis liquid. Rumusan ikut posting berikut.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html
sy guna sunlight...dah buat semalam..memang tergolek jatuh belalang pada pokok sawi...sy sembur semua sekitar kailan...nk tgk apa jd dengan ulat2..kalau sembur hari-hari tak apa ke?
PadamYa sembur tiap-tiap hari sampai belalang tobat tak nak datang lagi. :)
Padamkalau balut guna ziplock plastic bag boleh ka?
BalasPadamIdea yang bagus. Tebukkan sedikit supaya buah dapat udara.
PadamBetik bila nak ranum ja mesti lalat buah datang.. jadi bagaimana untuk menghalangnya dari serangan?
BalasPadam