Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Oktober 2012

Ada Tak Buddy Pokok Timun?

Ada rakan yang mengadu, pokok timun yang ditanam teruk diserang serangga makhluk perosak.  Dah cuba sembur dengan larutan pencuci pinggan dan minyak.  Yang kena, tersungkur mati.  Esoknya beratus lagi datang menyerang.

Memang sukar sebab sekarang ni musim kekabuh timun mengawan.  Ia akan datang dengan jumlah yang besar.  Kalau nak guna buddy pokok biasa pun tak berkesan sebab timun pokok memanjat.  bahagian bawah selamat tapi kekabuh timun makan daun, dan ia boleh terbang.  Habis bahagian pucuk dimakannya.

Ada penyelesaiannya, bukan tak ada.  Semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak dapat membunuh kekabuh timun tetapi ia tidak menghalang serangga tersebut daripada menyerang.

Musim hujan adalah musim serangga perosak kekabuh timun mengawan.
  

Begini caranya.  Kalau timun pokok memanjat, carilah buddy dari jenis yang memanjat juga.  Pokok memanjat yang dibenci serangga perosak kerana baunya yang kuat ialah chayote.  Hah, mesti tak pernah dengar nama pokok ni.  Buahnya hodoh tapi enak kalau digoreng bersama bawang putih.  Orang kampung panggil buah chayote, "Labu Siam."  Orang bandar panggil, "English Gourd."  Nama yang diterima pakai, Chayote.  Bunyi macam Mexico kan?  Sebab ia berasal dari sana.

Pokok Chayote mampu melindungi pokok timun dari serangan serangga makhluk perosak.

Buat para, tanam chayote.  Pada para yang sama, tanam timun.  Tiada kekabuh timun akan berani kacau lagi.   Kalau nak merasa buah chayote elok tanam sepasang.

Ada tak benih chayote.  Benih chayote besar saiznya.  Macamni, saya ada semai beberapa biji.  Kalau mahu, saya boleh kirim cambahan, tapi perlu poslaju supaya cambahan tak mati kering.



Satu set 2 cambahan, dan 2 pek benih timun (boleh pilih jenis timun) dikirim menggunakan poslaju.  Harganya RM20 (termasuk poslaju).  Jumlah cambahan adalah terhad.  Pesan segera.  Cambahan akan dikirim pada Isnin depan.

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saiznya sebesar tapak tangan, bentuk nbujur pipih dengan alur di tengah. Warna hijau muda. Google "chayote"

      Padam
    2. dah google..itu rupa nya...byk kat pasar..chinese suka makan...penjual cakap hiris halus-halus..goreng macam peria

      Padam
    3. Betul tu, sangat sedap kalau buat macam tu.

      Padam
  2. ooo kekabuh ke nama nya...sy duk panggil ladybird coklat!
    sekarang pokok timun mini saya tengah membesar..tapi daun tu mmg banyak kena makan...tak tau plak ada buddy chayote ni...2 hari lepas sy baru je alih pokok petola duduk sekali dengan timun..sebab kayu pancang dah habis!

    BalasPadam
  3. eee..lynn punya African Horned Cucumber tgh rancak berbuah, serangga mcm ladybird ni tak terkira byknya! Sampai daun labu pun dia belasah..naik geli nengok kuning berkerumun atas daun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang musim kekabuh timun mengawan. Habis musim nanti lynnhelite boleh tanam tanpa diganggu kekabuh. Buat masa ni ke cari penyelesaiannya.

      Padam
  4. Salam. Tuan Iskandar, saya book satu. Nanti akan emel senarai benih yg lain.

    BalasPadam
  5. Ulat apakah yg bentuknya seperti cacing pipih, halus warna putih, bergerak seperti pacat, terdapat dalam tanah pasu?? daun pokok timun seperti melecur kekuningan layu secara tiba2. bagaimana nak membunuh ulat tersebut?? bolehkah tangan sulur pokok menjalar dikerat untuk mengalihnya ke bekas lain / digembur tanahnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika bergerak seperti pacat, kemungkinan besar ulat beluncas. Saya tak dapat pastikan selagi tak lihat rupa sebenar ulat tersebut. Jika tak banyak kutip danmusanahkan. Guna sarung tangan kan yang tebal ketika mengutip ulat.
      Boleh kerat sulur paut jika nak alih arah pertumbuhan pokok timun.
      Tentang menggembur tanah, p[erlu berhati hati supaya tidak terlalu banyak akar yang rosak. Jika terlalu banyak, pokok timun mungkin mati kehausan kerana gagal menyerap air yang cukup di waktu tengahari. Pokok timun perlukan air yang banyak terutamanya ketika berbunga dan berbuah.

      Padam
  6. Salam en. Iskandar. Klau saya tanam skali ngan pokok tembikai berkesan x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam en. Iskandar ade lagi x benih labu siam ni atau cambahan. En. Jual brapa skang klau ade?

      Padam