Kalau dah tua tu begitulah. Terperusuk di sudut halaman, kadang kadang lupa disiram, lupa dibaja. Walaupun dalam bekas sebesar tapak tangan, rumpai pun tak terbuang.
Cuba lah cabut rumpai tu, gemburkan semula tanah, siram setiap hari, kerat ranting yang rosak, insyaAllah yang tua bersemangat kembali. Seminggu aja selepas pokok yang terabai dibaja dan disiram selalu, daun mulai hijau kembali.
Tak lama selepas itu bunga mulai mekar. Nah lihatlah sendiri, hari ini buahnya dah mula ranum. Alhamdulillah, syukur.
![]() |
Pokok Kapsikum Tua, berbuah semula. |
Cili Kapsikum Kuning
Cili Kapsikum Merah
Walaupun dah tua kenapa pendek je pokok dia??....ke sebab kene cantas selalu?
BalasPadamOtu hanya satu dari cabang pokok. Satu lagi panjang sedikit. Bahagian atas dah kering jadi kami cantas dan alih ke dalam pasu baru menggunakan tanah baru. Lepas seminggu tanda pertumbuhan baru kelihatan.
PadamBoleh tak nak mintak nasihat, kenapat tiap kali saya tanam pokok cili ia akan subur pada peringkat awal kemudian daunnya akan mula mengkerepot apabila pokok setinggi 5 inch
BalasPadamAda banyak sebab mengapa jadi sedemikian. Perhatikan daun di sebelah dalam lengkung kalau kalau ada makhluk perosak, misalnya bena atau lalat putih. Jika tiada, mungkin pokok terkena virus mozek.
PadamJika tiada serangan penyakit berjangkit, kemungkinan pH terlalu tinggi atau terlalu rendah hingga tanaman gagal serap nutrien.