Hari ini kami tuai sedikit Sawi Menang
daripada patch depan rumah. Saiznya
masih kecil dan amat rangup. Ketika
tuai, ada beberapa batang sawi patah kerana ia sangat rapuh atau rangup. Seminggu lagi pasti sawi dah matang dan
mempunyai saiz yang lebih besar.
![]() |
Akasyah dengan tuaian Sawi Menang. |
Sawi Menang mempunyai rasa yang kuat. Ia
tak sama dengan sawi renek yang saya tanam sebelum ini. Maksud saya, Sawi Menang kurang sesuai
dijadikan ulam atau salad seperti sawi renek, misalnya Extra Dwarf Pak Choy, Sawi
Bunga Wang Bujang dan Sawi Hong Kong.
Sawi yang dituai ini akan dijadikan ramuan
mee goreng malam ini. Mmmm yummy. Pasti enak gunakan sawi segar sebagai ramuan
mee goreng.
Selepas tuaian pertama, patch sawi
kelihatan masih padat. Tak sabar nak
tuai lagi. Sawa akan semai Sawi Menang
setiap 3 minggu untuk pastikan mendapat bekalan yang berterusan.
![]() |
Patch sawi selepas tuaian pertama. |
Wow.. Bestnyeee.. Satu peket bole semai berapa Kali klu tanam dlm bekas styrofoam saiz sederhana tu..? Errr, dia mcm kangkung tak..? Dah tuai, nanti dia tumbuh semula..?
BalasPadamSaya potong terus, tak buat seperti kangkung sebab pertumbuhan dari benih sama cepat dengan pertumbuhan daripada tunas.
PadamPokok ini selfseeding. Maksudnya kalau dibiarkan berbunga cambahan baru akan tumbuh sendiri.