Basella atau Remayung, Bayam Malabar, banyak khasiatnya. Kalau amal makan satu helai sehari pun khasiatnya cukup untuk membantu badan membaiki organ dalam badan yang rosak. Ini telah dibuktikan melalui kajian sains.
Saya pula makan sebab ia enak. Lagipun mudah aja tanam Basella. Boleh tanam melalui keratan batang, boleh juga tanam menggunakan biji benih. Tuaian ini adalah daripada pokok yang saya semai dalam patch di belakang rumah. Sebenarnya sayur ni dituai di waktu malam semalam. Bayam ni ditambah dalam nasi goreng. Enak, terus lentok tertidur. Itu yang lambat update blog pagi ni. ;P
![]() |
| Tuaian hari ini, Basella alba, banyak khasiatnya. |

macamane nak masak daun ni? goreng angkat blik ataw goreng sampai lecur? cara potong? berlendir kan bayam ni..
BalasPadamAmbil daun aja, sebab batang yang banyak lendir.
PadamUntuk stirfry, tumis bawang putih dan ikan bilis yang dah ditumbuk dahulu. Apabila telah garing baru masukkan daun bayam malabar. Lepas satu minit tutup api dan biarkan bayam malabar masak dengan kesan panas dari kuali. Cara ini boleh kurangkan lendir. Jangan tambah air.
Lendir dalam bayam malabar bukan suatu yang tak elok kerana ia bertindak sebagai serat terlarut.
Ada beza x dr segi khasiat diantara yg merah dan hijau?
PadamDari bacaan saya, tiada beza khasiatnya.
PadamBayam malabar sy tak membesar dengan baik..sesedap rasa belalang kunyah daun..tinggal batang je merah berdiri...nasib lah..:D
BalasPadamBoleh suap dengan baja orgsnik, gemburkan semula tanah dan kerat bahagian yang rosak, pokok boleh naik semula.
Padamplan nye mcm tu lah..esok wikend boleh abiskan masa berkebun!
Padam:) Selamat berkebun.
Padamreserve satu pek utk lynn..tq!
BalasPadamOk, saya simpankan untuk lynnhelite.
Padam