Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 12 September 2012

Tuaian Hari Ini -- Kacang Moringa

Buah Kacang Moringa
Buah kacang moringga mempunyai urat liat di sepanjang pod.  Cukup untuk dimasak kari untukmakan tengah ari.  Buah dipotong 2 dan dimasak kari.  Ketika makan, buah dimasukkan ke dalam pulut dengan bahagian dikerat menghala ke dalam.  Kemudian gigit sedikit dan tarik kacang keluar mulut.  Isinya yang seperti jelli serta biji kacang yang kaya dengan asid amino perlu akan tertinggal di dalam mulut.  Mmmm enaknya.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual  

13 ulasan:

  1. hahaha... apasal la saya susah payah cari... konon tak kenal - kacang kelor ni... alahai baru la saya tahu moringa tu pokok kacang kelor la... nama glamer sangat sampai saya tak bole kenal pokok dlm post En.Iskandar... biasanya tengok pokok yg besar je... kikikiki... kasihan sungguh saya ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kacang kelo. Ada macam macam nama orang panggil. Sdr I Wong pernah beri ulasan tentang nama Kacang Kelo dalam posting terdahulu.

      Padam
    2. saya tak tanam sebab kat rumah mertua saya dia dah tanam... tapi pokok tinggi la... kalau nak ambil buah kena kait... ;)
      nanti saya bagi cadangan kat pak mertua saya supaya tebang pokok tu... bagi jadi renek... senang sikit nak petik pucuk dan buah...

      Padam
  2. OOO...KACANG KELO.....kacang moringa tak paham...kacang kelo...bru paham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Orang putih panggil horseradish plant.

      Padam
    2. bukan ke namanya Moringa oleifera
      http://en.wikipedia.org/wiki/Moringa_oleifera

      kalu horseradish tu lain kan?

      Padam
    3. Ya, betultu, Moringa oleifera.

      Horseradish pokok lain, tapi rasa akar moringa sama dengan rasa sayur horseradish. :)

      Padam
  3. tu la eja maria...saya pun tak paham semlm baca komen sal kebaikan pokok ni...upenyer pokok kacang kelo

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... ada juga geng saya rupanya... :)

      Padam
  4. orang kedah panggil kacang munggai... hahha

    BalasPadam

  5. Adatak benih dia? Saya dah tanam, keratan batang banyak kali, tapi tak jadi. Cemburu bila tengok kat rumah2 jiran mak mertua saya, selalu pokok ni tumbuh kat rumah orang India. Kalau ada, bagi tau ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isnin depan saya akan mula edarkan. Sekarang masih peringkat uji cambah.

      Padam